Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi teras naik 5.5% pada Jan, tertinggi sejak Nov 2008

Feb 23, 2023 | 10:43 PM



HARGA pengguna di Singapura meningkat pada kadar yang lebih cepat pada bulan pertama 2023 disebabkan pembelian Tahun Baru Cina dan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) baru-baru ini.


Inflasi teras, yang tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan privet, serta menggambarkan perbelanjaan isi rumah Singapura lebih tepat, meningkat kepada 5.5 peratus pada Januari, yang tertinggi sejak November 2008.


Menurut Jabatan Perangkaan, Indeks Harga Pengguna (CPI) atau inflasi keseluruhan pada Januari 2023 naik kepada 6.6 peratus daripada 6.5 peratus pada Disember 2022 – tetapi lebih rendah daripada ramalan penganalisis sebanyak 7.1 peratus.


CPI yang lebih tinggi disebabkan inflasi penginapan yang lebih tinggi, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis.


Semasa ucapan Belanjawan 2023 minggu lepas, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata beliau menjangkakan inflasi kekal tinggi untuk separuh pertama 2023 dan mengumumkan tambahan $3 bilion subsidi bagi membantu isi rumah Singapura mengatasi kos sara hidup yang lebih tinggi.


Ramalan rasmi untuk 2023 tidak berubah, antara 5.5 peratus dengan 6.5 peratus untuk inflasi utama, manakala ramalan bagi inflasi teras antara 3.5 peratus dengan 4.5 peratus. 


Anggaran ini mengambil kira kenaikan GST dari 7 peratus hingga 8 peratus dari 1 Januari.


“Dengan mengambil kira semua faktor, inflasi teras MAS dijangka kekal melebihi 5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023, seperti yang dijangka sebelum ini.


“Ia akan terus meningkat pada separuh pertama 2023 sebelum memperlahan pada separuh kedua 2023 ketika ketegangan dalam pasaran pekerja domestik berkurang dan inflasi global mereda,” kata MAS dan MTI dalam satu kenyataan bersama.


Memandang ke hadapan, Ketua Ekonomi OCBC, Cik Selena Ling, percaya inflasi teras mungkin turun 5 peratus dari suku kedua, tetapi untuk masa kini, beliau berkata orang ramai perlu menunggu dan melihat apa yang berlaku dari Februari dan seterusnya.


Sementara itu, Pakar Ekonomi Perbankan Peribadi CIMB, Encik Song Seng Wun, menyatakan bahawa pangkalan yang lebih tinggi tahun lepas bermakna inflasi mungkin sederhana pada separuh kedua 2023, tetapi soalannya adalah berapa banyak.


“Dalam situasi pekerjaan penuh, selagi pengguna mampu membayar barangan dan perkhidmatan, ini akan menambah inflasi,” katanya.


Tambahan pula, Pakar Ekonomi Maybank, Dr Chua Hak Bin, berkata kenaikan GST dan tekanan kos gaji akan mengekalkan inflasi perkhidmatan.


Pada Januari, inflasi makanan mencatatkan kenaikan terbesar pada 8.1 peratus, naik dari 7.5 peratus pada bulan sebelumnya.


Inflasi perkhidmatan meningkat kepada 4.2 peratus daripada 3.7 peratus. Ini disebabkan kenaikan harga yang lebih kukuh untuk perkhidmatan pesakit, sementara kos perkhidmatan telekomunikasi dan penerbangan meningkat selepas penurunan pada Disember.


Inflasi barangan runcit dan lain-lain meningkat kepada 3.3 peratus, didorong oleh peningkatan harga yang lebih cepat dalam harga pakaian, kasut, barangan tahan lama isi rumah, minuman alkohol dan tembakau.


Inflasi penginapan meningkat sehingga 5 peratus akibat peningkatan yang lebih besar dalam sewa perumahan.


Inflasi elektrik dan gas mencatatkan penurunan yang paling curam, menurun 11.5 peratus pada Januari dari 16.5 peratus pada Disember, disebabkan oleh kenaikan yang lebih kecil dalam tarif elektrik dan gas.


Inflasi pengangkutan privet juga merosot kepada 14.3 peratus daripada 15.5 peratus, kerana harga kereta dan petrol meningkat pada kadar yang lebih perlahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >