Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11

Inflasi teras tumbuh perlahan 5.1% pada Okt, kemerosotan pertama sejak Feb

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Inflasi teras tumbuh perlahan 5.1% pada Okt, kemerosotan pertama sejak Feb

BTO
Nov 24, 2022 | 05:30 AM

INFLASI teras di Singapura tumbuh lebih perlahan sebanyak 5.1 pe-ratus bulan lalu, berbanding 5.3 peratus pada September.

Ia kemerosotan pertama dalam lapan bulan, iaitu sejak Februari.

Peningkatan lebih perlahan itu disebabkan peningkatan lebih perlahan kos elektrik dan gas, serta runcit, menurut satu kenyataan bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Kadar itu, yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan, juga lebih rendah daripada ramalan pakar ekonomi yang ditinjau Reuters, yang menjangka kenaikan 5.3 peratus.

Inflasi keseluruhan meningkat 6.7 peratus bulan lalu, berbanding kenaikan 7.5 peratus pada September.

Kos pengangkutan privet susut kepada 17.3 peratus bulan lalu, daripadad 22.3 peratus pada September disebabkan rentak kenaikan lebih perlahan harga kereta dan minyak petrol.

Inflasi elektrik dan gas juga susut kepada 19 peratus daripada 23.9 peratus pada September, disebabkan kenaikan lebih kecil kos elektrik dan tarif gas.

Memberikan gambaran prospek inflasi mendatang, pemerintah meramalkan inflasi teras akan "kekal tinggi bagi beberapa suku mendatang" sebelum susut ke paras lebih rendah pada separuh kedua tahun depan.

Tahun ini, MTI dan MAS meramalkan inflasi keseluruhan kekal purata sekitar 6 peratus dan inflasi teras, yang tidak mengambil kira kos pengangkutan dan penginapan, sekitar 4 peratus.

Tahun depan, inflasi keseluruhan dijangka 5.5 - 6.5 peratus, manakala inflasi teras 3.5 - 4.5 peratus.

Terdapat risiko ramalan inflasi meningkat, termasuk kejutan terhadap harga komoditi sejagat dan inflasi luaran yang terus meningkat.

"Harga tenaga dan komoditi makanan telah turun daripada paras tertinggi yang dicapai pada awal tahun, tetapi kekal tinggi memandangkan gangguan bekalan yang berterusan."

Selain itu, pasaran pekerja dalam ekonomi maju utama masih ketat, mengekalkan tekanan gaji yang kukuh.

Inflasi import bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan dijangka kekal tinggi selama beberapa waktu.

Pada peringkat domestik, kos buruh seunit akan terus meningkat dalam tempoh terdekat bersama pertumbuhan gaji yang teguh.

Oleh itu, syarikat dijangka mengalihkan kos niaga, import, dan pekerja kepada pengguna, tambah kenyataan MTI dan MAS.

Ketua Pakar Ekonomi OCBC, Cik Selena Ling, meramalkan MAS mengetatkan lagi dasar kewangan memandangkan "CPI (Indeks Harga Pengguna) keseluruhan dan teras belum lagi mencapai paras tertinggi dan dijangka reda hanya pada separuh kedua tahun depan".

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3