Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Inflasi tidak dijangka berterusan, langkah tersedia bagi kurangi tekanan kos

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PARLIMEN

Inflasi tidak dijangka berterusan, langkah tersedia bagi kurangi tekanan kos

Jan 12, 2022 | 05:30 AM

SINGAPURA tidak menjangkakan inflasi yang berterusan, sebaliknya tekanan kos dijangka berkurangan secara bertahap sepanjang tahun ini, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.

Menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) berkenaan kebimbangan inflasi dan kesan ke atas ekonomi serta pengguna Singapura di Parlimen semalam, beliau berkata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menjangkakan tekanan inflasi timbul daripada faktor luaran bersifat sementara.

Inflasi utama Singapura meningkat kepada 3.8 peratus pada November tahun lalu, manakala inflasi teras berada pada 1.6 peratus pada bulan itu.

Cik Low berkata inflasi teras adalah ukuran lebih berguna bagi kenaikan harga kerana ia tidak termasuk penginapan dan kos pengangkutan peribadi.

Beberapa faktor global, seperti harga tenaga, kekangan bekalan makanan dan kesesakan bekalan di hab pengangkutan, menyumbang kepada inflasi tersebut, katanya.

Bahkan, negara lain, seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan, turut berdepan masalah inflasi.

Cik Low menambah bahawa dalam tempoh terdekat, Singapura berkemungkinan terus menghadapi tekanan kos luaran, disebabkan faktor seperti harga tenaga global yang meningkat dan kesesakan dalam pengangkutan global.

Selain tekanan kos luaran, pertumbuhan gaji domestik Singapura berkemungkinan terus meningkat apabila permintaan buruh bertambah kukuh di sebalik kegiatan ekonomi bertambah baik apabila situasi Covid-19 semakin stabil, katanya.

Mengambil kira faktor-faktor itu, inflasi teras Singapura dijangka meningkat pada separuh pertama tahun ini, sebelum berkurangan pada akhir tahun ini, tambahnya.

Inflasi keseluruhan dianggar berada pada purata 1.5 peratus hingga 2.5 peratus tahun ini, menyusuli jangkaan 2.3 peratus tahun lalu.

Cik Low berkata pemerintah mempunyai strategi serampang berbilang mata bagi cuba menangani tekanan inflasi.

Pertama, ekonomi Singapura mesti kekal kompetitif agar ia boleh terus mencipta pekerjaan baik yang dapat memberi pertumbuhan pendapatan mampan bagi warga Singapura.

Kedua, dasar kewangan MAS yang diperketat pada Oktober tahun lalu telah membantu mengukuhkan mata wang dolar Singapura, yang melindungi warga Singapura daripada beberapa tekanan kos luar.

Ketiga, pemerintah menguruskan dengan teliti kekangan dari segi bekalan domestik, seperti pembekalan ruang perindustrian dan komersil, untuk membantu mengekang kos sewa perniagaan yang mungkin menyebabkan harga pengguna lebih tinggi.

Keempat, kepelbagaian sumber import makanan Singapura membantu memastikan harga bekalan makanan kekal berdaya saing dan mengurangkan ketidakpastiannya kepada turun naik harga di seluruh dunia.

Kelima, pihak berkuasa bekerjasama rapat dengan rakan industri untuk memastikan harga barang keperluan harian kekal mampu dimiliki.

Keenam, bantuan tersasar disediakan kepada rakyat Singapura berpendapatan rendah yang memerlukan sokongan dalam perbelanjaan sara hidup asas mereka.

Menjawab soalan Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast) dan Cik Jessica Tan (GRC East Coast) tentang cara pemerintah membantu perniagaan menguruskan peningkatan kos, Cik Low berkata agensi pemerintah bekerjasama dengan syarikat untuk membantu mereka menghadapi gangguan rantaian bekalan dengan lebih baik.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3