Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Rangka kerja kemahiran ICT

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
3

Rangka kerja kemahiran ICT

Nov 11, 2017 | 05:30 AM

Rangka Kerja Kemahiran Teknologi Infokom (ICT) yang bertujuan memberi panduan tentang kemahiran dan peluang pekerjaan dalam sektor infokom telah diumumkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim. Beliau turut menerangkan cara syarikat dan individu boleh merujuk kepada rangka kerja tersebut untuk meraih manfaat sepenuhnya dalam ekonomi digital. Rangka kerja tersebut diharap dapat membantu pekerja memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi lebih daripada 42,000 permintaan profesional ICT dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ia juga melakarkan 119 peranan pekerjaan dan lebih daripada 80 kemahiran yang diperlukan merentasi sektor berbeza. Selain membantu individu, rangka kerja itu juga boleh digunakan oleh majikan dalam mereka peta pekerjaan dan menyenaraikan apa yang diperlukan bagi setiap pekerjaan. Ia juga boleh digunakan oleh penyedia latihan untuk membentuk kursus teknologi infokom. Ini selain merangka laluan kerjaya merentasi tujuh bidang, termasuk keselamatan, sokongan, infrastruktur, data, khidmat profesional, sofwe dan aplikasi, serta jualan dan pemasaran.

INFO LANJUT ICT

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3