Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS

Infrastruktur SG sedia peluang bagi Melayu/Islam jadi model berjaya

Masagos: Kemudahan bukan sahaja rangkumi masjid, madrasah, malah sekolah yang baik serta peluang bekerja dan menyumbang ke arah pembangunan negara secara lebih menyeluruh
Dec 12, 2021 | 05:30 AM



Masyarakat Melayu/Islam terus berusaha ke arah mencapai wawasan sebagai sebuah Masyarakat Gemilang, meskipun dalam keadaan pandemik yang berubah begitu pantas dan menjejas pelbagai lapisan masyarakat. Usaha berterusan ini memerlukan kerjasama rangkaian M³ serta rakan kongsi masyarakat lain melalui empat bidang tumpuan yang telah ditetapkan - perkahwinan, keluarga berisiko, belia dan pekerjaan. Ikuti wawancara BERITA MINGGU bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, serta lima pemegang jawatan politik Melayu/Islam lain dalam membincangkan perkembangan masyarakat sebagai melabuh tirai 2021.



INFRASTRUKTUR yang tersedia di Singapura menyediakan peluang yang baik bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura untuk menjadi model berjaya yang boleh diteladani minoriti Muslim di negara lain.



Mengulas lanjut, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata infrastruktur yang dimaksudkan bukan hanya merangkumi masjid dan madrasah yang telah menyumbang ke arah usaha membentuk asatizah yang bersedia untuk masa depan, malah secara lebih meluas seperti sekolah-sekolah yang baik serta peluang untuk bekerja dan menyumbang ke arah pembangunan negara secara lebih menyeluruh.



"Infrastruktur sosial sedia ada dalam masyarakat menjangkau lebih daripada hanya masjid dan sistem madrasah yang melahirkan asatizah tempatan yang terlatih dan memahami konteks serta cara untuk memberi panduan kepada masyarakat Islam Singapura, tetapi juga infrastruktur yang lebih meluas termasuk sekolah-sekolah yang baik, peluang untuk bekerja dan menjadi warga yang menyumbang dan bukan masyarakat yang hanya menerima," kata Encik Masagos.



Namun, infrastruktur sedia ada itu perlu dilengkapi dengan 'software' masyarakat yang penuh dengan ciri keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan atau 3K, katanya.



Ciri-ciri '3K' yang pernah ditekankan Encik Masagos sebelum ini dalam usaha ke arah Masyarakat Gemilang, perlu terus dibina kerana ia bukan ciri statik.



"Ia bukan status yang jumud, yang sudah kita capai tetapi merupakan sesuatu yang akan terus dicabar dengan keadaan dalaman dan luaran, kita harus peka, apakah yang akan terus mencabar ciri-ciri tersebut dan ini perlu diatasi untuk menjamin masayrakat kita terus maju dengan tiga ciri ini melalui infrastruktur yang ada," ujar Encik Masagos.



Mengupas aspek keperibadian ciri 3K itu, Encik Masagos menekankan peranan asatizah berilmu dan berhikmah yang faham bagaimana untuk membimbing masyarakat supaya hidup berpegangkan ajaran Islam dan terus menyumbang kepada negara pada masa yang sama.



Masyarakat yang gemilang juga bersemangat kewarganegaraan dengan memperkukuh ikatan bersama rakyat lain serta menjadi aset kepada negara.



"Kita hargai keharmonian yang wujud dalam negara kita dan perlu beri sumbangan yang besar ke arah pembangunan negara, sekurang-kurangnya hidup sebagai jiran yang baik kepada warga lain," ujarnya.



Menyentuh ciri kemahiran pula, Encik Masagos berkata anggota masyarakat perlu menggunakan ilmu yang diperolehi dari sistem pendidikan yang tersedia supaya mampu menanggung hidup sendiri dan juga keluarga dan menyumbang kembali kepada masyarakat.



Dalam wawancara melabuh tirai 2021 itu, Encik Masagos turut mengiktiraf usaha masyarakat dalam mencapai visi Masyarakat Gemilang tersebut.



Tambahnya, dalam tempoh beberapa dekad sebelum ini, masyarakat Melayu/Islam dapat memaparkan kepada dunia bagaimana keharmonian boleh dicapai seiring dengan kepelbagaian.



"Integrasi merupakan proses yang diambil serius individu, pemimpin masyarakat, pemerintah dan juga masyarakat beragama," katanya.



Menurut Encik Masagos, rangkaian M³ - merangkumi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - memainkan peranan yang penting dalam usaha ke arah visi tersebut.



Tambahnya, dalam tempoh tiga tahun lalu, empat bidang tumpuan (FA) telah dikenal pasti dan diharap dapat ditangani melalui huraian dan program-program yang diusahakan bersama rakan kongsi masyarakat.



Program-program di bawah empat bidang tumpuan ini akan dilaksanakan di 11 M³@Bandar, kata Encik Masagos.



Salah satu bidang yang ditumpukan adalah usaha membina keluarga yang lebih kukuh melalui program seperti Bersamamu yang diterajui Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dr Faishal juga memberi tumpuan kepada usaha membantu keluarga banduan antaranya melalui inisiatif seperti Fitrah (Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga).



Dalam pada itu, Setiausaha Parlimen (Kementerian Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam memimpin usaha melibatkan dan memperkasa belia.



Program-program yang diadakan di bawah FA ini bertujuan membantu belia menggarap peluang berkembang dari segi kerjaya atau peribadi serta menghubungkan belia dengan contoh teladan melalui program mentor.



Akhir sekali, bidang tumpuan keempat bertujuan membimbing anggota masyarakat Melayu/Islam mengharungi cabaran ekonomi sedia ada dan masa depan melalui pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan daya kerja.



FA tersebut diterajui Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



"Kita perlu sedar dan bersedia menghadapi keadaan ekonomi pascapandemik dan memastikan jumlah mereka yang memerlukan bantuan kewangan untuk hidup kekal rendah.



"Untuk itu, kemahiran perlu digilap dan anggota masyarakat perlu bersedia menjalani latihan dan menyertai semua program yang dibiayai pemerintah yang tersedia," katanya.




INFRASTRUKTUR SOSIAL YANG ADA BUKAN SETAKAT MASJID DAN SISTEM MADRASAH



"Infrastruktur sosial sedia ada dalam masyarakat menjangkau lebih daripada hanya masjid dan sistem madrasah yang melahirkan asatizah tempatan yang terlatih dan memahami konteks serta cara untuk memberi panduan kepada masyarakat Islam Singapura, tetapi juga infrastruktur yang lebih meluas termasuk sekolah-sekolah yang baik, peluang untuk bekerja dan menjadi warga yang menyumbang dan bukan masyarakat yang hanya menerima."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >