Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin berbakti menerusi khidmat awam

May 21, 2019 | 05:30 AM



DENGAN agregat lapan mata bagi Peperiksaan GCE Peringkat 'O' yang didudukinya pada 2015, Sheikh Arfahmi Sheikh Arzimi, kini 19 tahun, boleh memasuki maktab rendah (JC).



Namun, bekas pelajar Sekolah Menengah Hua Yi itu memilih menyertai Politeknik Singapura (SP).



Ini kerana beliau terdorong oleh minatnya terhadap kapal terbang sejak kecil dan ingin melanjutkan pengajian dalam bidang itu.



Malah, semasa kecil beliau juga pernah bercita-cita menjadi juruterbang.



Beliau juga meminati bidang kejuruteraan kerana bapanya, Sheikh Arzimi Sheikh Ali, bertugas sebagai jurutera penyenggaraan lif.



Dengan minatnya pada bidang penerbangan dan kejuruteraan, Sheikh Arfahmi menyertai kursus kejuruteraan aeronautikal di SP tiga tahun lalu.



Tahun ini, beliau bukan sahaja selesai pengajiannya malah tampil sebagai pelajar terbaik kursusnya dengan Gred Purata Mata (GPA) 3.929.



"Saya tak sangka akan tampil sebagai pelajar terbaik kerana pelajar lain berusaha keras.



"Saya ingin memberi yang terbaik di sekolah kerana saya ingin membanggakan ibu bapa saya dengan melangkah ke universiti dan berjaya mendapat biasiswa.



"Mereka sudah bekerja keras selama ini dan sekurang-kurangnya saya juga boleh bekerja keras agar berjaya dan membantu mereka pada masa akan datang," katanya.



Selain itu, beliau juga didorong minat mendalam dalam bidang penerbangan dan kejuruteraan.



Oleh itu, beliau belajar bukan kerana peperiksaan tetapi kerana benar-benar suka menimba pengetahuan baru dalam bidang itu, ujar Sheikh Arfahmi.



Selain giat dalam kegiatan kokurikulum (CCA) sebagai naib presiden Kelab Kejuruteraan Mekanikal dan Aeronautikal (MAE), anak bongsu daripada keluarga empat beradik itu juga cergas menyumbang kepada golongan yang memerlukan.



Misalnya, beliau menyumbang tenaga sebagai relawan dengan Willing Hearts, sebuah badan kebajikan sukarela, menyiapkan makanan bagi mereka yang memerlukan serta menghantar makanan kepada warga emas di sekitar Jurong menerusi Touch Family Services.



Maka tidak hairanlah jika beliau diiktiraf dengan Anugerah Pelajar Contoh oleh SP sekitar dua bulan lalu.



"Saya ingin cemerlang dalam keduadua bidang akademik dan CCA kerana saya percaya orang yang berjaya itu harus serba boleh.



"Sebab itulah semasa di politeknik saya cuba mengimbangi antara pelajaran dengan riadah," ujarnya.



Semasa di SP, beliau juga berpeluang mengikuti program bekerja sambil belajar sebagai pengendali mesin di Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).



Selama 22 minggu antara September 2018 dengan Februari lalu, beliau didedahkan kepada operasi mesin pencetakan 3D menggunakan besi serta mengkaji faktor yang menjejas mutu pencetakan.



Selain itu, beliau juga mengikuti program bekerja sambil belajar di Divisyen Perkhidmatan Awam, khususnya dengan Pejabat Program Kejuruteraan, selama lima minggu antara Mac dengan bulan lalu.



Pengalaman berkhidmat dalam sektor awam itu meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Sheikh Arfahmi yang telah menghantar permohonan bagi biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.



"Saya percaya kerjaya dalam perkhidmatan awam amat bererti kerana saya dapat berbakti kepada orang ramai dan menyumbang kepada kejayaan negara ini," katanya yang turut ditawarkan biasiswa oleh Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >