Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Dulu guru kini pekerja sosial: Ingin beri bantuan menyeluruh kepada keluarga memerlukan

Pekerja sosial sering distereotaipkan sebagai sukarelawan dan kerjaya mereka cenderung dikaitkan dengan belas kasihan, baik hati dan empati, memandangkan sifat altruistik mereka. Pekerja sosial sebenarnya perlu menjalani latihan intensif secara profesional dan juga merancang program untuk masyarakat. Sempena Bulan Kerja Sosial pada Mac ini, BERITA HARIAN mewawancara dua pekerja sosial dari AWWA (agensi yang dulunya bergerak di bawah Persatuan Kebajikan Wanita Asia) untuk berkongsi pengalaman mereka sebagai pekerja sosial.
Mar 23, 2022 | 05:30 AM



PENGALAMANNYA sebagai seorang guru di sekolah rendah telah mendedahkannya kepada murid dengan pelbagai latar belakang termasuk yang berpendapatan rendah dan juga keluarga yang mempunyai masalah keluarga yang rumit.



Namun usaha membantu terbatas dengan peranannya sebagai seorang guru sahaja.



Ini mendorong Cik Nurharyati Mohamed Sa'at, 32 tahun, untuk menukar kerjaya sebagai seorang pekerja sosial - supaya beliau dapat membantu dan menghulurkan bantuan lanjut kepada keluarga-keluarga ini.



Kini beliau telah berkhidmat selama tujuh tahun sebagai seorang pekerja sosial.



"Semangat ingin membantu dan dedikasi untuk membantu murid dalam situasi yang rumit mencetuskan minat saya untuk mengetahui lebih lanjut akan pelbagai bantuan yang boleh dihulurkan kepada keluarga yang memerlukan ini. Kepada saya, sokongan keluarga adalah amat penting.



"Ini mendorong saya untuk menceburi bidang pekerjaan sosial dan saya menyedari bahawa terdapat lebih banyak yang dapat saya lakukan untuk membantu," jelas beliau lagi.



Cik Nurharyati telah meraih sarjana muda dalam sains farmaseutikal sebelum menjadi seorang guru dan kemudian berjaya dalam sarjana muda kerja sosial dari universiti UniSim yang kini dikenali sebagai Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Masanya di AWWA telah mendedahkannya mengenai banyak kelemahan yang dialami keluarga, terutama mereka yang mempunyai anggota keluarga di bawah Pusat Intervensi Awal (EIC).



Beliau berperanan menyokong keluarga-keluarga ini dan juga benefisiari bagi mendapatkan bantuan tepat pada masanya.



"Tugas ini membuka mata kepada pengalaman yang unik.



Banyak cabaran yang dihadapi oleh keluarga-keluarga demikian seperti tekanan pengasuh dan keluarga yang menghadapi isu kewangan. Setiap hari, saya masih terdedah untuk mempelajari sesuatu yang baru," jelasnya lagi.



Menurut Cik Nurharyati, pekerjaannya itu memerlukan kekuatan untuk mengawal emosi.



Di EIC, Cik Nurharyati berkata beliau menangani sehingga 80 kes keluarga yang menghadapi pelbagai masalah berkaitan kurang upaya.



"Saya amat bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan di mana saya dapat meluahkan perasaan dan berkongsi cabaran yang saya hadapi di tempat kerja.



"Oleh itu, sebagai pekerja sosial penjagaan diri amat penting. Saya lakukan amalan reflektif, menghadiri latihan untuk mempertingkatkan kemahiran dalam bidang kerja sosial agar dapat menyiapkan diri untuk membantu dalam pelbagai kes," kata beliau.



Selain itu, Cik Nurharyati mengatakan antara tugasnya yang lain adalah untuk mewujudkan peluang untuk keluarga sedemikian kembali ke pangkuan masyarakat.



"Keluarga-keluarga ini ingin diterima oleh masyarakat. Kini terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan untuk golongan kurang upaya.



"Oleh itu kami cuba mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih bersifat empati dan mempunyai belas ikhsan terhadap keluarga yang menghidapi cabaran kurang upaya," tambah beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >