Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin dapatkan pengesahan Skim Pengiktirafan Asatizah

Jan 02, 2021 | 05:30 AM



CITA-CITANYA mahu menceburi bidang kewangan Islam bermula sejak di bangku sekolah lagi.



Encik Huzhaifah Mohd Kamal, bekas pelajar Madrasah Al-Irsyad, telah merancang daripada awal kursus yang harus diambilnya bagi menceburi bidang ini.



Bermula dengan Diploma Kewangan dan Perbankan daripada Politeknik Ngee Ann, pemuda berusia 24 tahun ini kemudian menyambung pengajian sarjana muda dalam jurusan Fiqh dan Syariah.



Semangat dan minatnya yang amat mendalam mendorongnya menyambung pengajian di University of Jordan di Amman, Jordan, walaupun diterima oleh universiti Islam lain yang masyhur.



Penerima dermasiswa Sarjana Muda LBKM ini memilih Jordan kerana universiti itu memberinya peluang mendalami bidang Syariah. Selain daripada itu, beliau juga ingin didedahkan kepada bahasa Arab, yang pada pandangannya agak penting dengan lebih memahami bidang yang diceburinya ini.



Dengan penerimaan dermasiswa ini, ia memberi dorongan kepada beliau melakukan yang terbaik buat pengajiannya.



Walaupun terpaksa pulang pada sekitar April lalu kerana wabak yang sedang berlaku, keadaan ini tidak menjejaskan semangatnya. Semasa kali pertama harus menjalani kelas melalui dalam talian, beliau mengambil masa menyesuaikan diri.



Tambahan lagi, perbezaan masa sekitar enam jam di antara Singapura dengan Jordan jugak agak sukar buatnya. Namun, beliau kini tiada masalah menjalani kelas secara dalam talian, dan proses pembelajaran juga telah dipertingkat oleh pihak universiti.



Ditanya tentang rancangannya selepas habis pengajian di Jordan, Encik Huzhaifah mengatakan beliau ingin mendapatkan pengesahan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) dahulu. Jika ada rezeki dan diberi peluang, beliau bercadang menyambung pengajian sarjana dalam jurusan kewangan Islam di United Kingdom.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >