Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin didik pengguna jalan raya setelah lalui kemalangan motosikal

Polis Trafik telah melancarkan siri video Responder Pertama terdiri daripada tiga bahagian 27 Mei lalu, menampilkan pegawai Polis Trafik yang berkongsi pengalaman menjadi individu pertama di tempat kejadian dan tindakan yang mungkin sepatutnya diambil untuk mencegahnya. BERITA HARIAN menyorot kisah seorang pegawai yang mempunyai pengalaman hampir sedekad menangani kemalangan jalan raya.
Jun 30, 2021 | 05:30 AM



SETELAH terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2009 bersama sebuah kereta ketika menunggang motosikalnya, beliau mengalami keretakan tulang dan dimasukkan ke hospital.



Disebabkan kejadian itulah, Inspektor Stesen (SI) Fadli Shaifuddin, 33 tahun, terdorong untuk menyertai Polis Trafik supaya dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan di jalan raya.



"Saya terlibat dalam kemalangan disebabkan kecuaian orang lain. Dari situ, saya beritahu diri saya bahawa saya perlu mendidik pemandu kenderaan lain," ujar beliau yang sudah berkhidmat selama 9 tahun dan merupakan Pegawai Peronda dari Unit Rondaan.



Menceritakan pengalamannya yang hampir sedekad menjalankan penguatkuasaan dan mendidik pengguna jalan raya, SI Fadli berkata menangani kemalangan jalan raya termasuk yang membawa maut sudah menjadi suatu perkara biasa dalam kerja sehariannya.



Hampir setiap hari, beliau menjadi responder pertama yang akan bertindak sekiranya terdapat kemalangan jalan raya yang berlaku.



Malah, SI Fadli turut berkongsi terdapat beberapa isyarat untuk mengenal pasti sekiranya sesuatu kemalangan itu disebabkan pengguna jalan raya melebihi had kelajuan.



"Biasanya apabila saya menangani kemalangan berkaitan kelajuan, saya mencari bukti seperti tanda gelincir oleh pemandu kenderaan itu, dan betapa teruk kerosakan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Maklumat itu akan disampaikan kepada pegawai siasatan, sama ada ia melibatkan kemalangan kelajuan tinggi atau hanya kemalangan biasa disebabkan kecuaian pengguna jalan raya," ujarnya.



Menurutnya, kemalangan melibatkan had kelajuan selalunya amat teruk dan kecederaan yang dialami pihak terlibat sangat serius.



Justeru, sewaktu rondaannya, beliau akan mengesan pemandu yang melebihi had kelajuan menggunakan pelbagai alat.



"Kebanyakan masa, mereka mengakui mereka memandu dengan laju kerana keterdesakan, lewat untuk temujanji, atau kerana ingin menggunakan tandas," kata SI Fadli.



Sebagai respons, beliau akan menasihati dan mengingatkan mereka bahawa jalan raya dikongsi pelbagai pengguna justeru walau apa pun, mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri dan perlu mengutamakan keselamatan orang lain juga.



Ketika ditanya sama ada pernah terlibat dalam aksi kejar-mengejar di jalan raya, SI Fadli berkata beliau pernah berdepan dengan seorang penunggang motosikal yang memandu sehingga 150 kilometer sejam, iaitu jauh melebihi had lebuh raya Singapura.



Setelah cuba mengejarnya menggunakan motosikal beliau, SI Fadli akhirnya menggugurkan aksi itu kerana ia agak membahayakan.



"Melihat gerak-geri penunggang motosikal itu, bagaimana beliau menyelit dari lorong ke lorong, dalam saat itulah saya perlu membuat penilaian sama ada ingin teruskan atau hanya saman penunggang itu dan berhenti mengejarnya demi keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya.



Beliau menambah dalam melaksanakan tanggungjawabnya, keselamatan pengguna jalan raya lain tetap menjadi keutamaan.



Bagi kemalangan melibatkan pemandu yang mabuk, SI Fadli berkata antara tanda-tandanya adalah kenderaan mereka melayang ke kiri dan kanan, pertuturan pemandu tidak jelas, dan kulitnya kemerah-merahan.



Meskipun ada pemandu yang memberi alasan bahawa mereka hanya minum sedikit dan boleh mengawal kenderaan, SI Fadli berkata mereka masih perlu ditangkap sekiranya ujian pernafasan menunjukkan mereka mabuk.



Melahirkan harapan agar pengguna jalan raya sedar kepentingan menjaga keselamatan, beliau berkata:



"Sejak saya menjadi pegawai polis trafik, saya menjadi penunggang yang prihatin dan sentiasa peka tentang pengguna jalan raya lain tidak kira sewaktu membuat rondaan ataupun ketika menunggang motosikal peribadi saya sendiri.



"Malah saya memberitahu keluarga dan rakan-rakan bahawa tidak mengapa untuk lambat asalkan selamat, kerana orang tersayang anda sedang menunggu di rumah dan mereka mengharapkan anda untuk kembali dalam keadaan sempurna."




"Sejak saya menjadi pegawai polis trafik, saya menjadi penunggang yang prihatin dan sentiasa peka tentang pengguna jalan raya lain tidak kira sewaktu membuat rondaan ataupun ketika menunggang motosikal peribadi saya sendiri. Malah saya memberitahu keluarga dan rakan-rakan bahawa tidak mengapa untuk lambat asalkan selamat, kerana orang tersayang anda sedang menunggu di rumah dan mereka mengharapkan anda untuk kembali dalam keadaan sempurna."
- Inspektor Stesen (SI) Fadli Shaifuddin.




Laporan Keadaan Trafik Jalan Raya Tahunan Polis Trafik



• Jumlah kemalangan berkaitan kelajuan meningkat sebanyak 3.1%



- 735 kes pada 2019

- 758 kes pada 2020



• Jumlah kemalangan membawa maut semasa mabuk meningkat sebanyak 85.7%



- 7 kes pada 2019

- 13 kes pada 2020




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >