Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Ingin galak lebih ramai 'jari hijau' mekar dalam masyarakat

Inisiatif mulakan Kelab Berkebun Al-Mawaddah (AGC) terbukti berbaloi - hasil tanaman digunakan di kafe masjid, dikongsi penduduk tinggal berdekatan selain usaha diiktiraf pelbagai anugerah termasuk kecemerlangan libatkan penyertaan masyarakat
Nov 17, 2021 | 05:30 AM



SEMASA beliau kecil, Encik Abdul Kareem Nizam Mohideen suka duduk di kebun sambil melihat nenek dan ibunya menjaga tanam-tanaman dan bunga-bunga menghiasi kebun di rumah neneknya di Jalan Kayu.



Dari situ, berputik minat dalam dirinya untuk bercucuk tanam dan minat itu mekar sehingga ke hari ini.



Kini, Encik Kareem, 59 tahun, mengambil langkah untuk menggalakkan lebih ramai dalam masyarakat agar turut menikmati kegiatan berkebun melalui Kelab Berkebun Al-Mawaddah (AGC), di Masjid Al-Mawaddah di Sengkang.



Kelab itu, yang ditubuhkan pada 2015, bermula dengan sebuah edible garden atau kebun dengan tanam-tanaman yang boleh dimasak atau dimakan.



Hari ini, AGC mempunyai seramai 10 sukarelawan merangkumi pelajar sekolah rendah hingga golongan pesara, dan mengendalikan sebanyak enam taman yang setiap satu berlainan 'tema'.



Ini termasuk Taman Anggerik, Taman Kafe, Taman paku pakis, Taman Ungu, Taman Vertikal dan Taman Kaktus.



Menurut Encik Kareem, melalui taman-taman yang berlainan ini, beliau berharap bukan hanya dapat merangsang minat dalam kegiatan berkebun, malah kegiatan itu dapat menjadi peluang bagi mereka dari berbeza latar belakang dan usia untuk menjalin serta mengeratkan hubungan.



"Selain daripada melakukan ibadah di masjid, saya rasa taman-taman ini dapat menjadi tempat di mana orang ramai dapat bergaul.



"Selain itu, ia juga boleh menjadi hab pembelajaran bagi ramai dalam masyarakat mengenai bercucuk tanam.



"Pada masa yang sama, dapat juga kita mencantikkan masjid ini dan juga masyarakat kita," kata Encik Kareem yang juta merupakan ketua taman itu.



Di Masjid Al-Mawaddah terdapat lebih 30 spesis tanaman hiasan dan lebih 30 spesis lagi tanaman yang boleh dimakan.



Antara tanaman yang boleh dimakan termasuk buah tin, kurma, ulam, anggur dan delima.



Pada 2018, Encik Kareem dinobat sebagai duta NParks, Community in Bloom.



Dilancarkan pada Mac 2005, Community in Bloom (CIB) adalah gerakan berkebun seluruh pulau yang bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan dan menyatukan penduduk, tua dan muda, untuk menjadikan Singapura bandar yang mesra alam.



Menurut Encik Kareem, hasil tanaman ini kemudian digunakan di kafe Masjid itu serta juga dikongsi bersama penduduk di kawasan tersebut.



Dengan semangat untuk ingin menyumbang kepada usaha menghijau di Singapura, AGC turut melakukan beberapa perkara yang lain seperti mempunyai sistem kompos, mengumpul air hujan untuk menyiram tanaman-tanaman yang mereka ada serta kitar semula.



"Dengan, perubahan iklim yang menjadi isu besar yang mencengkam dunia kita, saya rasa ini adalah sumbangan kecil kami dalam usaha menangani perubahan iklim, dan menyediakan masa hadapan yang baik bagi generasi akan datang.



"Sedikit sebanyak apa yang kita lakukan ini dapat memberi impak kepada bumi kita," kata beliau yang sudah bersara dan bekerja secara sambilan sebagai pegawai teknikal bagi acara sukan.



Untuk terus mendidik masyarakat mengenai manfaat berkebun, Encik Kareem turut mengendalikan program pendekatan bersama masjid-masjid lain di Singapura, sekolah-sekolah tempatan serta beberapa masjid di luar negara.



Usaha kelab itu sejak beberapa tahun ini juga telah membuahkan hasil apabila AGC merangkul beberapa anugerah.



Ini termasuk Anugerah Emas bagi CIB 2016 dan juara Taman Masyarakat Terbaik di bawah kategori pertubuhan dalam CIB 2018.



Tahun ini pula mereka telah meraih tiga anugerah iaitu - 10 Taman Terbaik, Anugerah Platinum serta Kecemerlangan dalam menglibatkan masyarakat.



"Saya berharap dalam masa akan datang kita akan dapat lebih banyak peluang pendekatan dengan masyarakat kedua-duanya secara tempatan dan di luar negara.



"Melalui cara ini, saya berharap orang ramai dapat tahu bahawa mereka tidak seharusnya mempunyai 'jari hijau' untuk mula bercucuk tanam.



"Semua orang pun boleh melakukannya dengan cara yang mudah," katanya.




"Saya berharap dalam masa akan datang kita akan dapat lebih banyak peluang pendekatan dengan masyarakat kedua-duanya secara tempatan dan di luar negara. Melalui cara ini, saya berharap orang ramai dapat tahu bahawa mereka tidak seharusnya mempunyai 'jari hijau' untuk mula bercucuk tanam. Semua orang pun boleh melakukannya dengan cara yang mudah."
- Encik Abdul Kareem Nizam Mohideen, yang juga ketua Kelab Berkebun Al-Mawaddah (AGC) yang terletak di pekarangan Masjid Al-Mawaddah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >