GRADUAN CEMERLANG POLITEKNIK REPUBLIC: DIPLOMA KAJIAN DAN KELAKUAN PENGGUNA
Ingin guna ilmu untuk buka perniagaan dan sumbang kepada masyarakat
Majlis Tamat Pengajian Politeknik Republic tahun ini menampilkan 4,726 pelajar, termasuk 112 pelajar dewasa, yang telah menamatkan pengajian mereka. MUHAIMIN SUZAINI (msuzaini@sph.com.sg) menemubual antara pelajar Melayu/Islam yang menyerlah dalam kursus masing-masing.
May 16, 2016 | 05:30 AM
NOMBOR dan kira-kira bukanlah kegemaran Cik Nur Hidayah Sam Dahari.
Namun, di sebalik 'kebenciannya' terhadap nombor, tersirat dalam sanubari gadis tinggi lampai itu rasa ingin tahu apa makna di sebalik sesuatu nombor dan data itu.