Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin 'jenguk' rumah di JB yang sudah dua tahun ditinggalkan

Apr 01, 2022 | 05:30 AM



BAGI ramai warga Singapura, seperti Encik Effendy Iskandar Ali, menyeberangi tambak Johor menerusi darat adalah sesuatu yang mungkin memakan masa lebih lama lagi ekoran keadaan pandemik yang terus tidak menentu.



Lantaran itu, bapa dua anak itu begitu gembira dan segera membuat persiapan memandu masuk ke Malaysia lusa, selepas sempadan darat Singapura dan Malaysia dibuka semula.



Matlamat utama Encik Effendy, 46 tahun, ialah untuk ke rumahnya yang sudah dua tahun ditinggalkan.



Kondominium empat bilik itu dibeli beliau dan isteri sekitar lima tahun lalu, dan telah menjadi penginapan mereka sekeluarga pada hujung minggu.



Jelas Encik Effendy yang bertugas sebagai pemandu kereta sewa privet:



"Memang kami begitu rindu sangat dengan rumah ini dan terlalu gembira dan ghairah untuk pulang semula dan tinggal di sini.



"Sebelum pandemik, kami sekeluarga akan pulang ke sini setiap hujung minggu dan ia sudah menjadi tempat kami berehat dan meluangkan masa sekeluarga.



"Jadi dengan pembukaan sempadan sekarang, kami berharap dapat ke sini lebih kerap."



Selama dua tahun ini, rumah Encik Effendy telah dijaga oleh jirannya dengan baik.



Namun masih banyak aspek rumah itu yang perlu diberi perhatian, mentelah lagi selepas dua tahun tidak dihuni.



"Rancangan saya ialah untuk menguruskan rumah, perbaiki apa yang sudah rosak dan memasang semula lampu lap lip kami. Maklum nanti kita akan sambut Hari Raya," terang beliau yang akan ke Johor bersama isterinya sahaja dahulu.



Keghairahan memasuki Malaysia dengan menaiki kenderaan sendiri turut dikongsi oleh Cik Julissa Adam, 39 tahun.



Beliau bersama keluarganya dijadualkan berangkat ke Melaka menerusi koswe petang nanti untuk melawat sanak-saudara di sana.



"Tujuan saya ialah untuk melawat keluarga arwah abang ipar saya, yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 dan semasa sempadan ditutup.



"Ini merupakan kali pertama saya bertemu dengan saudara mara sebelah suami saya di sana," ujar ibu seorang anak itu.



Sementara beliau agak bimbang tentang kesesakan trafik namun Cik Julissa lebih prihatin sekiranya aplikasi Mysejahtera atau status vaksinasinya berdepan dengan cabaran di samping adanya peraturan baru yang tidak dimaklumkan.



Seorang lagi warga Singapura, Cik Rozianie Rashid, 42 tahun, merancang ke Johor pada bulan ini selepas beliau memuat turun aplikasi diperlukan.



Beliau yang sebelum ini memang sudah lazim ke Johor bersama keluarga dan kawan-kawan berkata:



"Bila dengar berita ini, memang rasa syukur sangat dapat ke Johor semula.



"Sebelum ini memang saya dan suami sering ke sana untuk menjamu selera dan membeli-belah.



"Jadi kami benar-benar ghairah dan merancang ke sana dalam bulan ini selepas kami sudah uruskan aplikasi yang Mysejahtera yang diperlukan.



"Harap-harap dapatlah kami meneruskan kegiatan di sana serta mencari tempat-tempat baru di Johor nanti."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >