Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin lakukan tugas sebagai komander platun dengan baik

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



PENYERTAANNYA dalam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) bukanlah perkara yang diduga.



Ini kerana bagi Leftenan Muda (2LT) Akmal Rostam, sebagai anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang menjalani latihan ketenteraan asas (BMT) di kem unit kombat terpilih, atau lebih dikenali sebagai 'mono-intake', memasuki Sekolah Pegawai Kadet (OCS) merupakan sesuatu perkara yang mustahil, apa lagi ke RSN.



"Saya mempunyai anggapan bahawa selepas BMT, kami hanya akan dikerahkan ke unit infantri.



"Oleh itu, saya amat terkejut apabila mendapat tahun bahawa saya telah dipilih untuk menjalani latihan di OCS.



"Apabila mendapat tahu saya akan dikerahkan ke RSN, saya menjadi lebih gembira diberi kesempatan ini," ujar 2LT Akmal yang berusia 22 tahun.



Anak bongsu dalam kalangan dua beradik itu berkata bahawa keluarga turut berasa bangga dan sering memberinya dorongan dalam beliau menempuhi latihan.



2LT Akmal merupakan antara 353 kadet yang diberikan pentauliahan pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Beliau bakal diberi tanggungjawab untuk mempimpin platun Unit 'Fast Craft' (Kenderaan Laut Laju) sebagai Komander Platun (PC).



Beliau akan memimpin sekitar 60 tentera RSN di bawah perintahnya di Pangkalan Tentera Laut Tuas.



Berkongsi tentang detik mencabar yang dilaluinya sepanjang menjalani latihan, 2LT Akmal berkata:



"Selama hampir tiga minggu kami tidak dapat menghubungi keluarga kerana di tengah laut sewaktu latihan di atas kapal pendarat tentera laut RSS Persistence.



"Latihan yang kami lalui juga cukup mencabar, tetapi dengan adanya rakan seperjuangan, ia menjadi lebih seronok," katanya.



2LT Akmal berkata beliau kini sedar akan kepentingan tentera laut dalam memastikan keamanan negara.



"Sebelum ini saya hanya tahu bahawa angkatan laut memainkan peranan penting dalam menjaga dan mempertahankan perairan kita, dan saya tidak tahu bahawa NSF juga memikul tanggungjawab yang penting.



"Sejak saya menyertai RSN, saya sedar bahawa NSF juga memainkan peranan penting untuk mempertahankan perairan kita... sama seperti pegawai sepenuh masa yang lain yang menjaga keamanan dan keselamatan negara.



"Saya berharap saya dapat melaksanakan tanggungjawab saya dengan baik bersama RSN," ujarnya.




"Sejak saya menyertai RSN, saya sedar bahawa NSF juga memainkan peranan penting untuk mempertahankan perairan kita... sama seperti pegawai sepenuh masa yang lain yang menjaga kemanan dan keselamatan negara. Saya berharap saya dapat melaksanakan tanggungjawab saya dengan baik bersama RSN."
- Leftenan Muda (2LT) Akmal Rostam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >