Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEMERLANG DALAM GCE 'A' DI SEBALIK COVID-19

Ingin lihat dunia dengan lebih terbuka

Minat bahasa Perancis dan muzik sejak usia muda
Feb 23, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN GCE A: 3 GRED A BAGI SUBJEK H2



JIKA ingin memperluas pengetahuan dan memiliki wawasan yang lebih besar mengenai budaya yang berlainan, Maya Raisha Zianudin merasakan penting untuk melibatkan diri dalam budaya atau kumpulan minat tertentu (interest group).



Meminati bahasa Perancis dan muzik sejak usia muda, pelajar Maktab Rendah Eunoia menyatakan bahawa ia telah membolehkannya melihat dunia dengan cara yang lebih terbuka dan kosmopolitan.



Walaupun perlu menangani masa antara belajar bahasa ketiga dan bermain muzik, ia tidak pernah menghalang Maya cemerlang di sekolah.



Maya merupakan antara 11,646 pelajar yang telah menerima keputusan peringkat 'A' minggu lalu.



Menurut Maya, minatnya untuk mempelajari bahasa Perancis ketika beliau di sekolah menengah mula berkembang kerana bapanya pernah melanjutkan pelajaran di Perancis.



"Saya mula mempelajari bahasa Perancis sejak menengah satu. Sebenarnya, secara keseluruhan keluarga saya semua boleh berbicara dalam bahasa Perancis.



"Pada awalnya saya tidak berfikir sangat mengenai bagaimana ia akan memanfaatkan saya.



"Tetapi setelah melancong ke negara Perancis dan program 'overseas immersion' di Toulouse, di Perancis, ia telah membolehkan saya melibatkan diri dalam budaya di sana," kata anak muda 18 tahun, yang telah menerima Biasiswa Elektif Bahasa Perancis daripada Kementerian Pendidikan (MOE).



Selain daripada mempelajari bahasa ketiga, minat terhadap bidang muzik telah mengembangkan semangat kemasyarakatan.



Menubuhkan EJC Rock Band bersama beberapa rakannya di sekolah, mereka berpeluang membuat persembahan di acara di sekolah seperti College Day dan Majlis Penobatan Pemimpin Pelajar.



Tahun lalu pula, beliau dijemput menyanyikan lagu tema bagituk Acara Chingay tahunan.



Di tanya bagaimana beliau membahagikan masa untuk muzik dan pelajaran, beliau berkata kadangkala ia agak mencabar.



"Ketika peperiksaan makin hampir, saya terpaksa mengetepikan muzik buat sementara.



"Memang saya minat dan mencintai muzik tetapi saya rasa bahawa kadangkala saya perlu melakukan pengorbanan yang kecil untuk masa hadapan yang lebih baik.



"Satu setengah tahun untuk belajar bukan cukup bagi saya, jadi saya perlu memberi tumpuan kepada pelajaran saya supaya tidak ketinggalan di sekolah," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.



Dengan usaha tekad serta dorongan dan sokongan daripada ibu bapa serta guru-gurunya di sekolah, Maya melahirkan rasa gembira ketika menerima keputusan GCE peringkat 'A'-nya.



Mengambil enam subjek, Maya meraih tiga gred A bagi subjek H2.



Mengulas mengenai pencapaiannya, bapanya Encik Zainudin Nordin, mantan Anggota Parlimen, berkata beliau bangga dengan usaha keras dan keinginan anaknya untuk terus menimba ilmu dan kemahiran.



"Minat, semangat dan komitmen untuk mempelajari bahasa Perancis dan berkecimpung dalam bidang musik sememangnya ada dalam diri Maya sejak beliau kecil.



"Sebagai seorang yang masih muda, sememanglah ini tidak mudah dilakukan tetapi Maya menpunyai keazaman dan keinginnan yang kukuh. Kami terus memberikan sokongan dan membantu di mana yang patut," ujarnya.



Dalam masa akan datang, Maya merancang meneruskan pengajian Sarjana Muda dalam bidang Psikologi di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) atau Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Di samping itu, beliau turut berazam untuk membantu mereka yang menghadapi masalah mental melalui terapi muzik.




PENGALAMAN SEMASA DI PERANCIS



"Saya mula mempelajari bahasa Perancis sejak menengah satu. Sebenarnya, secara keseluruhan keluarga saya semua boleh berbicara dalam bahasa Perancis.

Pada awalnya saya tidak berfikir sangat mengenai bagaimana ia akan memanfaatkan saya.

Tetapi setelah melancong ke negara Perancis dan program 'overseas immersion' di Toulouse, di Perancis, ia telah membolehkan saya melibatkan diri dalam budaya di sana.''

- Maya Raisha Zianudin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >