Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin menyumbang menerusi perkhidmatan awam

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



Para pelajar daripada pelbagai latar belakang mendapat keputusan GCE peringkat A mereka, Jumaat lalu. Kohort pelajar ini menduduki peperiksaan nasional ini sedang negara berdepan dengan pandemik Covid-19. Di sebalik kesukaran itu, mereka masih masih meluangkan masa membuat kerja-kerja sukarelawan dan mengembangkan minat mereka. BERITA HARIAN menemuramah beberapa pelajar ini.




KEPUTUSAN GCE A: GRED A DALAM SEMUA 6 MATA PELAJARAN YANG DIAMBIL. INGIN SUMBANG SEMULA KEPADA MASYARAKAT



BELIAU cukup gembira dengan keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'O' yang didudukinya tiga tahun lalu.



Ketika itu, Encik Farezuan Zulkifli, 19 tahun, mendapat gred A bagi kesemua sembilan mata pelajaran yang diambilnya.



Namun, bekas pelajar Sekolah Victoria itu berasa tidak lengkap.



Sedang beliau cemerlang dalam bidang akademik, anak bongsu daripada keluarga dua beradik itu berasa beliau tidak cukup berusaha meluangkan masa membantu masyarakat di kelilingnya.



"Dahulu, saya hanya fokus pada akademik dan saya gembira dengan keputusan saya. Saya juga rasa diri saya cukup bertuah selama ini.



"Jadi, saya mahu menyumbang semula kepada masyarakat dan kenali orang di keliling saya dengan lebih dekat," ujar Encik Farezuan yang turut menerima Biasiswa Pra-Universiti Kementerian Pendidikan (MOE) dan Anugerah Mendaki sebelum ini.



Sepanjang dua tahun lalu, pelajar Raffles Institution (RI) itu giat menabur bakti kepada masyarakat menerusi pelbagai cara.



Antara lain, beliau menghabiskan masa membantu kanak-kanak di Rumah Kanak-Kanak Pertapis (PCH) dengan kerja sekolah mereka dua kali seminggu serta menjadi mentor kepada kanak-kanak itu.



Beliau juga sepatutnya merancang satu acara karnival bagi PCH tahun lalu tetapi rancangan itu terbantut dek pandemik Covid-19.



"Pada mulanya memanglah saya rasa agak hampa tetapi ini di luar kawalan saya.



"Saya cuma berharap sumbangan saya selama dua tahun lalu meninggalkan kesan pada mereka," ujarnya.



Dua tahun lalu, beliau dan sekumpulan rakan sekolahnya turut pergi ke Batam, Indonesia untuk membantu dengan kerja peningkatan di dua sekolah di sana.



Mereka turut meluangkan masa mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak di sana.



"Menerusi pengalaman saya, saya dapati bahawa dengan melakukan kerja sukarela ini, bukan mereka yang dibantu sahaja dapat meraih manfaat.



"Sebenarnya, saya juga dapat belajar lebih daripada mereka," katanya.



Menyingkap pengalamannya di satu majlis sambutan Tahun Baru Cina dengan sekumpulan warga emas tahun lalu, Farezuan berkata beliau terkesan dengan seorang wanita berusia 80-an tahun yang ditemuinya.



Pada mulanya, wanita itu kelihatan tidak mesra dan pendiam tetapi selepas mereka mula berbual, beliau berkata wanita itu terbuka bercerita tentang diri dan keluarganya selain menasihatkannya.



"Tujuan kami waktu itu adalah untuk menemani mereka tetapi mereka sudi memberi nasihat kepada kami dan mereka hanya mahu kami menjadi orang lebih baik," ujar beliau.



Encik Farezuan yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa sekarang antara 11,646 calon yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'A' tahun lalu dan mendapat keputusan mereka baru-baru ini, di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Beliau mendapat gred A bagi kesemua enam mata pelajaran yang diambilnya.



Dengan sifat Encik Farezuan yang suka berbakti kepada orang ramai, beliau juga telah menanam minat ingin berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada masa akan datang.



"Bagi saya, kerjaya dalam perkhidmatan awam cukup bermakna kerana tugas yang dilakukan boleh meningkatkan kehidupan orang ramai.



"Saya rasa ini boleh menjadi satu sumber motivasi yang baik dan mewujudkan sekitaran kerja yang positif," ujarnya.




LAKUKAN KERJA SUKARELA ADA HIKMAHNYA



"Dahulu, saya hanya fokus pada akademik dan saya gembira dengan keputusan saya. Saya juga rasa diri saya cukup bertuah selama ini. Jadi, saya mahu menyumbang semula kepada masyarakat dan kenali orang di keliling saya dengan lebih dekat...

Menerusi pengalaman saya, saya dapati bahawa dengan melakukan kerja sukarela ini, bukan mereka yang dibantu sahaja dapat meraih manfaat. Sebenarnya, saya juga dapat belajar lebih daripada mereka."

- Encik Farezuan Zulkifli



MENGAPA PILIH PERKHIDMATAN AWAM



''Bagi saya, kerjaya dalam perkhidmatan awam cukup bermakna kerana tugas yang dilakukan boleh meningkatkan kehidupan orang ramai.

''Saya rasa ini boleh menjadi satu sumber motivasi yang baik dan mewujudkan sekitaran kerja yang positif.''

- Encik Farezuan Zulkifli




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >