Ingin sumbang kepada masyarakat selepas terima banyak pertolongan dahulu, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Ingin sumbang kepada masyarakat selepas terima banyak pertolongan dahulu

Mar 23, 2021 | 05:30 AM

MEMBESAR dalam keluarga susah dan anak ramai, ia banyak mengajar Cik Zahara Mahmood mengenai kehidupan dan kepentingan menolong golongan yang memerlukan.

Mengejar kerjaya dalam bidang pekerjaan sosial, ia membolehkannya melakukan demikian.

Kini mempunyai pengetahuan serta pengalaman selama 30 tahun, Cik Zahara telah bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan sosial.

Ini termasuk dalam masyarakat, penjagaan kesihatan dan baru-baru ini sektor perkhidmatan sosial.

Setelah menerima banyak pertolongan dulu, Pekerja Sosial Utama Pusat Perkhidmatan Keluarga Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) (Timur) itu berkongsi beliau berharap dapat memberi kembali kepada masyarakat dengan menggunakan kemahiran, mengongsi pengetahuan dan kepakarannya.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menurut Cik Zahara, beliau mungkin tidak bekerja dalam sektor ini jika tidak menerima sokongan dan bantuan daripada sebuah keluarga Serani.

"Ibu bapa saya sentiasa bergelut untuk menyara keluarganya dari segi kewangan. Bapa saya, seorang bekerja sebagai artisan, sering bekerja lebih masa.

"Ibu saya pula melakukan banyak pekerjaan yang berlainan seperti tukang basuh kain baju, pembantu berpantang dan penjual kuih.

"Ketika ibu saya bekerja bersama satu keluarga Serani, mereka banyak menanamkan kepentingan pendidikan awal bagi saya dan adik-beradik saya.

"Dari situ, walaupun ibu bapa saya mempunyai pendidikan yang rendah, mereka memberi nilai tinggi kepada pendidikan," kata Cik Zahara, 52 tahun.

Tambahnya, beliau kemudian menjadi satu-satunya di antara adik-beradiknya yang bersekolah di tadika dan membuat keluarga serta "ibu angkatnya" bangga dengan kedudukan pertama di tahapnya di sekolah.

Cik Zahara berkata kebaikan seperti ini yang keluarganya telah menerima adalah antara sebab pertama beliau menceburi bidang kerja sosial, terutamanya bagi golongan kanak-kanak kecil dan warga emas.

Mengulas mengenai bidang tersebut, terdapat perbezaan yang besar dalam kerja-kerja kemasyarakatan dibandingkan dengan masa dulu, lagi-lagi ketika Singapura dilanda dengan wabak Covid-19.

Masalah- masalah yang perlu ditangani pekerja-pekerja sosial pada masa sekarang lebih kompleks dan bukan sahaja disebabkan oleh masalah kewangan, tetapi juga bersangkut-paut dengan masalah kesihatan mental, jelas Cik Zahara.

"Masalah kewangan bertambah rumit sekarang dengan kurangnya pekerjaan disebabkan oleh wabak Covid-19.

"Mereka yang dulu mempunyai pekerjaan stabil mendapati sukar untuk mendapatkan pekerjaan selepas dibuang kerja.

"Masalah orang yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap seperti gelandangan juga menampakkan peningkatan sejak bermulanya wabak tahun lepas," kongsi Cik Zahara yang telah menyertai pasukan Pusat Perkhidmatan Keluarga PPIS pada 2019.

Meskipun menghadapi beberapa cabaran baru yang beliau perlu tangani, ibu kepada tiga orang anak itu menjelaskan, perkara ini hanya memberinya motivasi untuk terus berusaha dan melakukan yang terbaik bagi klien-kliennya.

"Saya baru sahaja berkhidmat di PPIS selama dua tahun dan masih banyak yang saya perlu mempelajari di sini. Klien saya merupakan guru yang terbaik bagi saya!

"Keluarga saya juga menjadi sumber inspirasi terbesar dan penyokong yang kuat untuk teruskan perjuangan saya.

"Selain itu, sebagai satu-satunya persatuan wanita Islam di Singapura, PPIS ingin menjadi badan utama yang menyediakan khidmat kepada keluarga Melayu Islam.

"Dengan sokongan dan bantuan yang kami sediakan kami harap ia dapat membina keluarga yang lebih berdaya tahan, terutamanya semasa wabak Covid-19 ini," ujarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map