Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ini wajah orang yang bergelut masalah kesihatan mental

May 30, 2022 | 05:30 AM



BEGINILAH wajah seseorang yang jiwa dan mindanya terganggu.



Ia sama sahaja "seperti anda dan saya," justeru jangan mudah 'terpedaya' dengan wajah dan tingkah-laku luaran yang tampak "biasa-biasa," kata personliti televisyen dan usahawan, Cik Haryani Othman (gambar kanan).



Cik Haryani, berkongsi pergelutannya dengan masalah kesihatan mental, yang membawanya ke tempat yang gelap sehingga memikirkan soal bunuh diri, dalam podcast #NoTapis.



Perbincangan podcast itu turut menampilkan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan Ustazah Liyana Musfirah, pendakwah bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Liyana Musrifah Network.



Topik kesihatan mental merupakan antara perjuangan Dr Wan Rizal, yang kerap menimbulkan isu tersebut di parlimen manakala Ustazah Liyana pula memberi penerangan dari perspektif agama.



Dalam podcast tersebut, Cik Haryani, 43 tahun, menerangkan ramai yang terkejut dengan pendedahan beliau dek penampilan dan perwatakannya yang sering kelihatan ceria.



Beliau sudah hampir dua dekad bergelut dengan masalah kesihatan mental.



"Sehingga hari ini, saya tidak berani mengatakan saya sudah mengatasinya tapi alhamdulillah, saya dapat mengawalnya dengan lebih baik," ujar beliau.



Ikuti perbincangan tersebut di #NoTapis menerusi laman BeritaHarian.sg/podcasts, aplikasi BH.sg, Spotify serta Apple dan Google Podcasts.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >