Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Inisiatif agihan kedua Ramadan On Wheels, lancar

Apr 25, 2022 | 05:30 AM



LEBIH daripada 116 sukarelawan hadir di Blok 606, Bedok Reservoir Road untuk membantu dalam pengagihan kedua baucar dan habuan makanan di bawah inisiatif tahunan Ramadan On Wheels (ROW) semalam.



Acara tersebut juga merupakan Majlis 'Flag-off' ROW yang dianjurkan oleh Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) yang diadakan di 4PM HuBelia dan dirasmikan oleh Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.



Sama seperti pengagihan pertama yang dijalankan pada 26 Mac, seramai 350 keluarga menerima baucar dan habuan makanan sempena musim perayaan ini.



Setiap keluarga menerima baucar barang dapur bernilai $200 dan hamper makanan bernilai $100.



Turut menghadiri acara tersebut adalah Presiden 4PM, Encik Nassar Mohamad Zain.



Walaupun mereka mempunyai seramai 800 sukarelawan untuk inisiatif prapandemik, Encik Nassar menjelaskan bahawa jumlah tersebut telah merosot secara mendadak beberapa tahun kebelakangan ini akibat Covid-19.



Namun begitu, dengan sukarelawan terus bergerak secara dalam talian, ia membolehkan 4PM untuk tetap menerima sokongan daripada kumpulan relawan dari institut pendidikan tinggi serta orang ramai.



Menurut Encik Nassar, mereka telah menerima sokongan daripada seramai 400 sukarelawan sepanjang inisiatif ROW ini dilancarkan.



"Ia sangat menggembirakan," ujarnya.



"Melihat sukarelawan kami bekerja keras, ia membawa banyak kenangan bagaimana kita beroperasi secara besar-besaran dan saya rasa secara perlahan-lahan, kita pun akan kembali untuk melakukan yang sama seperti dulu.



"Memang ada yang sedang memantau keadaan tetapi, ramai juga sebenarnya tidak sabar untuk menjadi relawan sekali lagi dan menyumbang kembali kepada masyarakat.



"Jadi dalam masa akan datang, saya menjangkakan bahawa kita akan mempunyai lebih ramai tenaga sukarelawan," jelasnya.




"Ia sangat menggembirakan...



Melihat sukarelawan kami bekerja keras, ia membawa banyak kenangan bagaimana kita beroperasi secara besar-besaran dan saya rasa secara perlahan-lahan, kita pun akan kembali untuk melakukan yang sama seperti dulu."



- Encik Nassar Mohamad Zain, Presiden Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >