Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN: FOKUS: PERNIAGAAN

Inisiatif bantu firma berinovasi, bekerjasama di peringkat global

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



SATU wadah baru akan dirintis tahun ini untuk menyokong perniagaan berinovasi dan bekerjasama di peringkat global.



Wadah Pencetus Usaha Inovasi Korporat akan dirintis tahun ini bagi mendorong usaha sama inovatif baru, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Selain itu, dua wadah lain - Wadah Inovasi Terbuka (OIP) dan Perikatan Inovasi Global (GIA) - akan dipertingkatkan dalam usaha membantu perniagaan berinovasi.



Encik Heng berkata untuk kekal berdaya saing, perniagaan akan perlu untuk berinovasi dan bekerja di peringkat global.



Lantaran itu, bagi menyokong perniagaan setempat, pemerintah akan melabur dalam ketiga-tiga wadah tersebut.



Menurut beliau, wadah Pencetus Usaha Inovasi Korporat, akan menyediakan pembiayaan bersama bagi korporat untuk membina usaha sama baru menerusi studio usaha sama yang pra-layak, jelas beliau.



"Ini khususnya berguna untuk perniagaan lebih besar yang mahu menghidupkan semula pemikiran perniagaan pemula (startup) dalam persatuan mereka," kata Encik Heng.



Satu contoh ialah syarikat BCG Digital Ventures yang telah bekerjasama dengan syarikat berbilang negara makanan dan pertanian setempat, Olam untuk membina satu wadah khidmat petani bernama Jiva.



Wadah Jiva yang dibangunkan itu akan membantu petani di negara membangun untuk meningkatkan penghasilan tanaman, kredit akses dan berhubung secara langsung dengan pembeli.



Bagi Wadah Inovasi Terbuka (OIP) yang dilancarkan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (Imda) pada 2018, ia akan dipertingkatkan untuk meningkatkan skala dan kelajuan inovasi digital.



Ia juga akan membolehkan pemadanan, pengujian dan pembangunan lebih baik menerusi dua ciri baru iaitu 'Discovery Engine' - yang memudahkan pencarian dan pemadanan huraian teknologi dengan cabaran menerusi saranan berautomasi serta 'Digital Bench', yang mempercepatkan konsep melalui sekitaran ujian dan tempat pengujian idea POC maya.



Encik Heng menjelaskan OIP memudahkan pemadanan masalah yang dihadapi oleh syarikat dan agensi awam dengan penyediaan huraian serta membiayai bersama usaha prototaip dan pengerahan.



Misalnya, menerusi wadah ini Penguasa Bangunan dan Binaan dipadankan dengan tiga penyedia huraian, TraceSafe, TagBox dan Nervotec bagi membangunkan huraian untuk pembukaan tapak kerja dengan selamat.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai peningkatan Perikatan Inovasi Global (GIA), Encik Heng berkata rangkaian GIA yang buat masa ini mempunyai 15 rangkaian bandar, akan diluaskan kepada lebih 25 bandar di serata negara untuk lima tahun mendatang.



"GIA juga akan dipertingkatkan dengan penyertaan Program Inovasi Bersama.



"Program ini akan menyokong sehingga 70 peratus daripada kos kelayakan bagi inovasi rentas sempadan dan projek kerja sama," terang Encik Heng.



Pada 2019, 31 syarikat setempat telah disokong untuk projek yang bekerjasama dengan 11 negara rakan.



Sejak pembentukannya pada 2017, GIA telah menyaksikan lebih 650 pelajar dan sekitar 780 perniagaan setempat telah menyertai dalam pencetus usaha inovasi luar negara.



Tahun lalu, meskipun dengan adanya pandemik, terdapat lebih 100 perniagaan berpotensi yang dipadankan di antara perniagaan yang berpangkalan di Singapura dan Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >