Inisiatif bantu sektor sosial guna teknologi tangani kurang sumber
Badan boleh terima subsidi hingga 98% untuk manfaatkan analitik video dan pengenalan muka pantau individu warga emas; robot AI pula bantu golongan kurang upaya manfaat teknologi bijak guna suara mereka.
Jul 17, 2019 | 05:30 AM
SEKTOR khidmat sosial bakal menawarkan huraian teknologi untuk badan amal pada harga bersubsidi bagi tangani kekurangan tenaga kerja.
Ini termasuk program analitik video dan pengenalan muka yang boleh memantau individu warga emas serta robot kecerdasan buatan (AI) untuk membantu mereka yang kurang upaya menggunakan alat teknologi bijak menggunakan suara mereka.