Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif baru bantu madrasah bina keupayaan, sumbang kepada seluruh sektor madrasah

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



SATU inisiatif baru telah dilancarkan untuk membantu madrasah setempat membina keupayaan dan menyumbang kepada seluruh sektor madrasah dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi pelbagai mata pelajaran.



Inisiatif Pusat Kecemerlangan dan Kerjasama (COEC) oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) itu akan memastikan bahawa madrasah tidak hanya bergantung pada kursus luaran kendalian awam yang kadangkala terhad dari segi kapasiti untuk membangun guru mereka.



Dalam satu kenyataan semalam, Muis berkata melalui COEC, ia akan mendorong madrasah untuk terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan madrasah.



"Melalui COEC, madrasah didorong untuk bertanggungjawab terhadap pembangunan profesional guru mereka dan juga secara beransur membina kepakaran amalan dalam bidang subjek yang berbeza.



"Setiap madrasah juga dapat membina kepakaran dalamannya sendiri dalam bidang tertentu yang kemudiannya dapat membantu menyokong madrasah yang lain," kata Muis.



Dua madrasah, Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah dan Madrasah Arabiah Al-Islamiah ,telah menubuhkan Pusat COEC yang memberi tumpuan kepada bidang tertentu.



Berdasarkan kekuatan yang ada dalam Matematik, Madrasah Irsyad memilih untuk menjadi pusat Matematik Rendah serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem).



Sejak Januari tahun ini, madrasah itu telah mengadakan pelbagai bengkel dan sesi pendekatan yang melibatkan guru dari semua madrasah serta ibu bapa dan pelajar.



Pakar dari NIE dan juga gurunya sendiri terlibat dalam menjalankan sesi tersebut.



Rancangan Madrasah Al-Arabiah menjadi pusat Pembelajaran Gunaan iSTEM dijadualkan bermula pada suku ketiga dan keempat tahun ini.



Pada masa yang sama, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTI) pula telah menyediakan rangkaian bengkel untuk meningkatkan pengetahuan pedagogi guru dalam Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, sebagai sebahagian rancangannya menjadi Pusat COEC dalam bidang tersebut.



Ketua Jabatan di MWTI, Cik Mazda Mustajab, berkata: "Bengkel yang dijalankan oleh profesor NIE seperti Dr Joseph Yeo membantu merapatkan jurang untuk guru lebih memahami dan melaksanakan sukatan pelajaran Matematik peringkat sekolah rendah 2021 yang baru.



"Bengkel bagi ibu bapa oleh Encik Mohammad Nizam (HOD Matematik, Madrasah Irsyad) sangat baik kerana membolehkan ibu bapa membantu anak-anak mereka dengan konsep Matematik di rumah," katanya.



Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, berkata COEC ditubuhkan untuk menyokong pembangunan guru dan keupayaan mereka untuk mengajar.



"Melalui COEC, kami juga berharap dapat memberi motivasi kepada madrasah untuk bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain, melalui kekuatan dan kepakaran masing-masing. Ini akan membantu sektor madrasah untuk terus meningkat bersama dan mengikuti perkembangan pesat perubahan dalam landskap pendidikan Singapura yang lebih luas," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >