Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif baru galak syarikat salur faedah pekerja kepada badan amal

Dec 05, 2019 | 05:32 PM



SYARIKAT-SYARIKAT dan kakitangan mereka akan digalakkan untuk mendermakan faedah pekerja yang tidak digunakan kepada badan amal.



Inisiatif itu di bawah kerjasama syarikat permulaan pembrokeran insurans berpangkalan di Singapura, CXA Group, bersama Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC), lapor The Straits Times.



Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini (5 Disember), kedua-dua pertubuhan itu berkata inisiatif digelar Collective Good itu berpotensi menyalur faedah pekerja yang bernilai jutaan dolar kepada pelbagai kumpulan di Singapura yang memerlukan lebih banyak sokongan.



CXA Group menyediakan insurans korporat dan bekerjasama dengan syarikat untuk memenuhi keperluan kesihatan pekerja mereka.



Syarikat dan kakitangan boleh menerima faedah, atau Flex$, dalam kerjasama dengan Kumpulan CXA itu. Faedah-faedah itu termasuk perkhidmatan insurans, penjagaan kesihatan dan gim.



Ketua eksekutif dan pengasas pembrokeran itu, Cik Rosaline Chow Koo, berkata: “Di hujung setiap tahun polisi – yang biasanya pada bulan Disember – kakitangan CXA dan klien sering mendapati Flex$ tidak digunakan, yang akan tamat tempohnya dan dikembalikan kepada syarikat.”



Daripada membiarkan Flex$ itu terbazir, CXA bekerjasama dengan pasukan sumber manusia kliennya untuk menyediakan pilihan menyumbangkan wang tersebut kepada amal.



Lebih 400,000 pekerja kini menggunakan portal CXA, kata Cik Koo.



Inisiatif Collective Good itu dilancarkan sempena gerakan Minggu Memberi Nasional (National Giving Week) NVPC, yang bermula pada 1 Disember dan berlangsung sehingga lusa.



Ketua Eksekutif NVPC, Cik Melissa Kwee, berkata: “Melalui kerjasama ini, kami dapat mewujudkan strategi platform-ke-platform bagi membantu lebih ramai orang untuk mendekati lebih banyak badan amal.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >