Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif baru tarik syarikat teknologi tinggi disenarai di Bursa S'pura

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah melancarkan beberapa inisiatif yang bertujuan untuk menarik syarikat teknologi tinggi tempatan dan serantau yang berpotensi besar bagi menyertai Bursa Singapura (SGX).



Inisiatif terbesar merupakan dana yang diberi nama Anchor Fund @65 sebanyak $1.5 bilion yang akan membantu syarikat berpotensi untuk mengumpul modal melalui senarai awam di sini.



Pemerintah dan Temasek Holdings akan berlabur bersama dalam dana tersebut.



Syarikat dengan potensi pertumbuhan tinggi biasanya mampu mewujudkan aliran tunai positif yang meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding ekonomi secara keseluruhan.



Bagaimanapun, biasanya mereka tidak membayar dividen, atau hanya membayar dividen yang sedikit, kepada pemegang saham dan memilih untuk meletakkan kesemua keuntungan yang diraih ke dalam usaha memperluas perniagaan.



Satu lagi inisiatif yang diperkenal adalah Dana Pertumbuhan IPO.



Dana ini memberi tumpuan kepada syarikat yang berada dalam peringkat akhir pendanaan sebelum disenaraikan.



Ini akan membantu perniagaan tersebut tumbuh dan bersedia untuk Tawaran Awal Umum (IPO) di sini.



Dana IPO - dengan sebanyak $500 juta diperuntukkan pada peringkat awal - akan ditubuhkan oleh EDBI, cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), dan akan menumpukan terhadap pasaran terbesar masa depan dan inovasi teknologi.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan mempertingkat skim Geran bagi Pasaran Ekuiti Singapura (Gems), yang diperkenalkan awal 2019, untuk menambah sokongan bagi syarikat yang ingin disenaraikan dan untuk membangunkan ekosistem kajian ekuiti Singapura.



Bagi pihak SGX, ia akan melancarkan Model Kerjasama Strategik untuk mengembangkan huraian khusus, mulai dari pengumpulan dana pasaran swasta hingga kepada meningkatkan kecairan dan penjangkauan pelabur global untuk syarikat dengan pertumbuhan tinggi.



Berucap semasa acara Pasaran Sekuriti Terbuka SGX semalam, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata Singapura akan berusaha untuk menjadi destinasi pilihan bagi pemimpin pasaran tempatan dan global untuk penyenaraian, terutama syarikat pertumbuhan tinggi dan dari sektor teknologi.



"Pada masa akan datang, ramai warga Singapura dan syarikat Asia dalam sektor pertumbuhan dan teknologi tinggi akan berkembang dan ingin disenarai dalam pasaran awam.



"Kita harus berusaha untuk menempatkan syarikat-syarikat ini di Singapura," katanya.



Mengulas inisiatif yang dilancarkan, Encik Gan berkata Anchor Fund @ 65 akan diuruskan atas dasar komersial oleh 65 Equity Partners, wadah pelaburan milik Temasek.



65 Equity Partners juga akan menguruskan Dana $1 bilion bagi Local Enterprise Fund @ 65, yang diumumkan dalam Belanjawan tahun ini untuk membantu perusahaan besar tempatan untuk menjalani transformasi dan berkembang.



Kededua dana itu akan diberi akses kepada rangkaian kukuh serta kepakaran Temasek dan mampu membantu syarikat berkembang selepas ia dimulakan sehingga penyenaraiannya, kata Encik Gan.



Had geran penyenaraian Gems yang membantu meringankan kos untuk disenarai akan ditambah kepada $2 juta berbanding $1 juta untuk memberi lebih banyak sokongan bagi syarikat di Singapura.



Geran tersebut juga akan diperluas untuk membantu penyenaraian Syarikat-Syarikat Pengambilalihan Khas (Spacs).



"Kami sedar inisiatif yang dilancarkan hari ini bukan peluru ajaib. Namun kami percaya ia dapat memberi keyakinan baru kepada pasaran ekuiti awam kita dan membuat SGX bukan sahaja berdaya maju tetapi satu pilihan yang menarik bagi syarikat pertumbuhan yang inovatif," kata Encik Gan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >