Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif biayai yuran pengajian pelajar SIT memerlukan dilancar

Jan 14, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) terus banyak melabur dalam pendidikan di semua peringkat bagi semua warga Singapura dengan lebih banyak sumber diketepikan bagi pelajar yang datang daripada latar belakang kurang bernasib baik.



Usaha ini ditambah dengan institusi dan penderma sektor swasta yang membantu membuka pintu kepada peluang dan memperkasakan anak muda kita dalam perjalanan pendidikan mereka.



Demikian dikatakan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) semasa pelancaran inisiatif 'Forward SITizen' Institut Teknologi Singapura (SIT) semalam.



Inisiatif itu bertujuan membolehkan sokongan penuh yuran pengajian bagi penuntut sarjana muda SIT yang paling memerlukan dari segi kewangan.



Ia akan berkuatkuasa pada tahun akademik baru bermula September 2023.



Disokong oleh SIT dan pendermanya, inisiatif ini akan membantu menambah kepada Dermasiswa Masyarakat Pengajian Tinggi sedia ada untuk membiayai sepenuhnya yuran pengajian pelajar yang layak.



Dr Maliki yang hadir sebagai tetamu terhormat acara pelancaran tersebut berkata:



"MOE terus banyak melabur dalam pendidikan di semua peringkat bagi semua warga Singapura dengan lebih banyak sumber diketepikan bagi pelajar yang datang daripada latar belakang kurang bernasib baik.



"Saya gembira usaha pemerintah ditambah oleh institusi yang mendapatkan sokongan daripada masyarakat mereka dan penderma sektor swasta yang murah hati.



"Ini mewujudkan perbezaan nyata dalam kehidupan penerima, membantu membuka pintu kepada peluang dan memperkasakan anak muda kita untuk meneruskan minat mereka dan memenuhi potensi mereka."



Dengan inisiatif 'Forward SITizen' itu, tambah Dr Maliki, penuntut yang memerlukan boleh "melibatkan diri dalam pengalaman universiti, tanpa perlu bimbang tentang beban kewangan mengejar ijazah".



Beliau juga melahirkan harapan bahawa semua penuntut yang meraih manfaat daripada inisiatif tersebut dapat menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan kepada mereka, serta menyumbang semula kepada masyarakat.



Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan SIT semalam, sekitar 220 penuntutnya layak menerima sokongan tahunan di bawah inisiatif 'Forward SITizen'.



Setakat ini, enam penderma telah mengikrarkan hadiah yang didermakan sebanyak $8.7 juta kepada SIT bagi inisiatif tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >