Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif CDC North West sasar kumpul $500,000 bantu pelajar memerlukan

May 19, 2022 | 05:30 AM



SATU inisiatif sedia ada untuk membantu pelajar yang memerlukan di Daerah North West kini tidak saja boleh menarik derma daripada syarikat korporat, bahkan dari orang ramai.



Dengan sasaran untuk mengumpul sebanyak $500,000, usaha oleh Majlis Pembangunan Masyarakat Northwest (CDC) ini dapat aktifkan semula setelah dua tahun tidak dijalankan gara-gara kekangan pandemik Covid-19.



Ditubuhkan pada 2011, Dana Sokongan Pelajar North West menyokong program untuk membantu perbelanjaan sekolah dan menaja aktiviti pengayaan, antara lain, bagi pelajar yang memerlukan.



Sebagai contoh, di bawah program North West Heart for Students, CDC bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) dan sekolah rendah dan menengah di daerah North West untuk mengenal pasti benefisiari mereka.



Sekolah akan menyatukan masyarakat untuk menyumbang dana bagi membantu keluarga yang menghadapi masalah kewangan untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anak mereka.



Dana itu membantu kira-kira 13,000 pelajar setiap tahun, lapor akhbar The Straits Times.



Mayor Bandar Daerah North West, Encik Alex Yam, berkata bahawa tidak semua kanak-kanak mempunyai permulaan yang sama dan mereka yang disokong oleh Dana Sokongan Pelajar CDC diperkasakan dengan peluang pembelajaran yang sama untuk merealisasikan impian dan aspirasi mereka.



Selain daripada usaha mengumpul dana daripada orang awam, majlis itu juga akan menganjurkan Konsert Belia North West pada 22 Julai.



Ia berkata ini juga menyediakan wadah untuk mempamerkan bakat seni anak muda untuk tujuan yang baik.



Salah satu penderma korporat yang menyokong usaha itu tahun ini ialah Yayasan Planet Aleta, yang ditubuhkan oleh firma teknologi kewangan tempatan, Aleta Planet, pada 2020 untuk membantu warga emas dan kanak-kanak di Singapura.



"Mempunyai pendidikan yang baik membantu membuka banyak peluang dalam kehidupan," kata pengerusi kumpulannya, Encik Ryan Gwee.



Tambahnya, inisiatif sebegini dapat memberi dorongan kepada golongan muda yang kurang bernasib baik untuk berjaya di sekolah dan seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >