Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN: SOKONGAN BAGI KELUARGA

Inisiatif ComLink beri kelegaan selepas pendapatan susut separuh

Anak penghantar makanan turut dapat bantuan tuisyen, diberi peluang baiki pembacaan menerusi program BLESS Shining Star Reads
Feb 18, 2021 | 05:30 AM



APABILA wabak Covid-19 mula merebak di Singapura dan sekatan pemutus rantaian jangkitan dikuatkuasakan, jumlah pendapatan mereka setiap bulan merosot hampir separuh ekoran keadaan perniagaan yang lebih murung ketika itu.



Bagi suri rumah Cik Nursheila Maspandi, 32 tahun dan dua anaknya berusia 11 dan 10 tahun mereka teramat bergantung pada suaminya, Encik Zulhaider Anang, yang bertugas sebagai pekerja penghantaran Grab Food.



Dengan pendapatan yang lebih berkurangan sekarang, ia lebih sukar bagi pasangan itu mendapatkan tuisyen buat anak-anak mereka.



Namun dengan adanya bantuan inisiatif Community Link (ComLink), mereka kini lega.



Antara lain, keluarga dua anak itu yang tinggal di sebuah rumah sewa di Boon Lay ditawar - secara percuma - tuisyen dalam mata pelajaran tertentu menerusi program sokongan pembelajaran Ninja Learn dan diberi peluang memperbaiki pembacaan mereka selama satu jam setiap minggu menerusi program BLESS Shining Star Reads.



Boon Lay merupakan satu daripada empat kejiranan ComLink, dilancarkan pada 2019 yang menawarkan sokongan proaktif kepada sekitar 1,000 keluarga yang tinggal di rumah sewa.



Ini agar golongan itu kekal stabil dan diberi kesempatan mempertingkat status sosioekonomi mereka.



Selain sokongan daripada agensi pemerintah, kumpulan masyarakat seperti agensi perkhidmatan sosial, kumpulan akar umbi dan relawan membantu keluarga di kejiranan berkenaan.



Estet-estet ComLink yang lain adalah Kembangan-Chai Chee, Jalan Kukoh dan Marsiling.



Antara lain, ComLink menawarkan program bantuan dalam pembacaan dan celik angka bagi kanak-kanak, kelas tuisyen untuk murid sekolah, kemahiran kehidupan bagi golongan ibu bapa serta perkhidmatan mempertingkat kemahiran dan memadankan pekerjaan.



Cik Nursheila berkongsi, sebelum Covid- 19 mula merebak di Singapura, suaminya yang bekerja 12 jam sehari sepanjang lima hari seminggu sering berjaya membawa pulang sekitar $2,500 untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.



Cik Nursheila pula juga menyumbang kepada keluarganya menerusi penjualan nasi lemak di masjid berdekatan secara sambilan setiap Jumaat.



"Tapi sewaktu CB, semuanya berubah. pendapatan kami hampir dipotong separuh.



"Kami bersyukur keadaan sudah bertambah baik sekarang, tapi kos-kos seperti nak hantar tuisyen buat anak-anak masih tetap mencabarlah untuk kami," kata suri rumah sepenuh masa itu, yang tidak lama nanti akan bekerja sebagai pekerja penghantaran juga.



Dengan program-program yang ditawar ComLink, anak-anak beliau ditawar aktiviti yang lebih bermanfaat untuk memperkasa minda. Ia juga menawarkan tuisyen dalam subjek-subjek yang tertentu.



"Misalnya, anak lelaki saya yang masih 10 tahun, dia ada tuisyen Mendaki untuk subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Tapi anak perempuan saya, yang 11 tahun, tak ada sebab Mendaki tak ada tuisyen dalam subjek asas.



"Jadi anak perempuan saya, dia enrol dalam program Ninja Learn kerana program tu ada subjek foundation untuk Matematik dan Bahasa Inggeris," jelas Cik Nursheila.



Selain program pembacaan dan pembelajaran itu, anak-anak mereka menyertai Kelab Kanak-Kanak Tak Takut (Tak Takut Kids Kelab) - sebuah tempat kanak-kanak bermain yang dibuka pada hujung minggu.



"Itu pun mereka dapat tahu secara sendiri. Bila tengah main-main dekat bawah (blok), mereka terserempak budak-budak lain dalam kelab tu, jadi mereka bilang saya mereka nak join," jelas Cik Nursheila.



Menurut beliau, program-program tersebut bukan sekadar memperkasa anak-anaknya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka, malah memberi mereka ruang meraih ilmu daripada pembelajaran di luar darjah.



"Mereka dapat berjumpa dengan budak-budak lain dan tidak terlalu sibuk dengan permainan handphone sahaja sebab dia orang ada banyak aktiviti," kata Cik Nursheila.



Menurutnya, kelab itu juga memberi masa kepada kededua ibu bapa itu berehat selain menguruskan rumah dan bekerja sebentar.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >