Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif 'Data Bagi Semua' dijangka manfaatkan 30,000 dari keluarga susah

May 22, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 30,000 kanak-kanak, belia dan warga emas daripada keluarga berpendapatan rendah serta golongan kurang upaya dan penjaga mereka akan diberi akses kepada data bagi peranti bijak mereka.



Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Data Bagi Semua yang dilancarkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di Festival Digital Sepanjang Hayat (DfL) di Pusat Konvensyen Suntec semalam.



Di bawah inisiatif itu, tiga syarikat telko di sini - M1, GOMO oleh Singtel dan giga! oleh StarHub - telah berikrar untuk meningkatkan kesedaran tentang gerakan DfL dan menggalak pelanggan mereka menyertai gerakan tersebut dengan memberi sokongan mereka atau menderma data mereka yang tidak digunakan menerusi inisiatif Data Bagi Semua.



Setiap telko telah memberi komitmen akan memperuntuk 10,000 pelan data setiap satu - yang berjumlah lebih $3 juta secara keseluruhan - untuk menyokong 30,000 benefisiari.



Sebagai contoh, pengguna pelan GOMO boleh menderma data yang tidak digunakan dan ini kemudian akan disalurkan kepada 10,000 warga emas daripada keluarga berpendapatan rendah dalam bentuk Kad SIM hi! prabayar Singtel.



Pengguna giga! dan M1 pula boleh menyokong usaha ini dengan ikrar mereka menerusi dalam talian, dengan giga! akan menyediakan pelan data buat 10,000 golongan kurang upaya dan penjaga mereka manakala M1 akan menyokong 10,000 belia daripada keluarga berpendapatan rendah di bawah inisiatif ComLink Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Laporan lanjut: 30,000 benefisiari terima pelan data percuma




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >