Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Inisiatif galak murid lebih hargai air

Sempena kempen pemuliharaan air 'Make Every Drop Count' PUB, sekolah ketepi setiap Rabu sepanjang Mac lalu bagi kegiatan bertema penjimatan air
Apr 15, 2022 | 05:30 AM



SETELAH biasa mencuci tangan dengan air yang mengalir dari paip selepas makan, kanak-kanak di tadika Masjid Al-Muttaqin baru-baru ini diajar mencuci tangan daripada sebotol air.



Kegiatan itu, yang bertujuan menggalak murid lebih menghargai air, dilakukan dengan kerjasama kempen pemuliharaan air Make Every Drop Count agensi air negara PUB, sempena Hari Air Sedunia pada 22 Mac lalu.



Sekolah yang mengambil bahagian mendedikasikan setiap Rabu sepanjang Mac untuk menjalankan kegiatan bertema air dan mengadakan perbincangan tentang kemampanan air dengan murid.



Sekitar 119 sekolah menganjurkan kegiatan Water Wednesdays tahun ini, naik daripada 84 tahun lalu, kali pertama inisiatif itu diperkenalkan.



Murid-murid di tadika Masjid Al-Muttaqin berpeluang melakukan kegiatan bertema air itu pada tiga Rabu bulan lalu.



Selain mencuci tangan daripada botol air, mereka juga menghasilkan poster tentang tiga cara untuk menjimat air sama ada menerusi lukisan atau perkataan.



Murid juga bekerjasama dengan ibu bapa mereka untuk menunjukkan beberapa cara menjimat air, serta menyertai permainan yang menghendaki mereka memilih tabiat penggunaan air yang baik dan kurang baik.



Guru kanan di tadika itu, Cik Suraiyah Md Yussof, berkata kegiatan itu diharap dapat mewujudkan kesedaran tentang penjimatan dan pemuliharaan air di kalangan pelajar.



"Aktiviti yang disediakan memberi peluang bagi pelajar untuk meneroka cara penjimatan air melalui permainan, perbincangan, muzik dan pergerakan.



"Guru ingin menekankan kepentingan penjimatan dan pemuliharaan air melalui aktiviti harian murid-murid.



"Dalam proses ini, kami melihat murid-murid di peringkat Nursery saling mengingatkan rakan-rakan mereka untuk menjimat air terutama sekali semasa waktu makan.



"Murid-murid tadika satu dan dua pula bekerjasama membincangkan cara-cara menjimat dan memulihara air dan membuat poster. Poster ini ditampal di sekeliling sekolah untuk memberi peringatan kepada murid-murid," katanya.



Seorang pelajar tadika itu, Muhammad Haneef Muhammad Raiyan, berkata kegiatan yang dijalankan membuatnya lebih sedar tentang pentingnya menjimat air yang sangat diperlukan oleh manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan.



"Saya belajar untuk jimat air seperti tutup paip bila tidak digunakan, mandi tidak melebihi lima minit, berus gigi menggunakan cawan dan banyak lagi. Bila hari hujan, kami juga boleh mengumpulkan air dan menggunakan air hujan itu untuk menyiram pokok bunga," kata pelajar tadika satu itu.


Di tajaka PCF Sparkletots di Sengkang East Blk 123A, murid-murid bermain permainan dan melakukan kegiatan yang meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim demi melindungi sumber air.


Naib pengetua tajaka itu, Cik Noor Hidayah Putri Hosni, berkata kegiatan yang dilakukan itu membantu kanak-kanak lebih mengingati mesej yang disampaikan.


"Kami berharap dapat mewujudkan kesedaran melalui kegiatan Water Wednesdays kami, seperti aktiviti bercerita, muzik dan pergerakan, menonton video berkaitan tema, seni dan kraf, dan juga kit yang dibawa pulang untuk anak-anak lakukan bersama ibu bapa mereka di rumah. Kami berharap mereka akan terus memperjuangkan kepentingan menjimat air bukan sahaja di sekolah, tetapi di rumah juga," katanya.


Seorang pelajar tadika dua, Raees Aaqil Muhammad Redhwan, berkata dia antara lain belajar tentang cara mandi sekejap untuk menjimat air.


"Apabila mencuci tangan di sekolah, kita perlu menutup paip ketika kita menggunakan sabun," katanya.



Kempen air PUB tahun ini mengongsi enam cara mudah orang ramai dapat menggunakan air dengan lebih mampan.



Ini termasuk mencuci pakaian dalam mesin pencuci baju pada muatan penuh, supaya dapat menjimat hingga 40 liter air setiap hari.



Satu lagi langkah mudah ialah menutup paip ketika memberus gigi bagi menjimatkan hingga 23 liter air sehari.



Selain inisiatif Water Wednesdays, yang buat pertama kali turut disertai rakan kongsi masyarakat dan perniagaan, inisiatif GoBlue4SG turut diadakan.



Dimulakan pada 2019, gerakan GoBlue4SG mengajak perniagaan dan rakan kongsi masyarakat setempat untuk 'menjadi biru' bagi menunjukkan komitmen mereka kepada usaha menjimat air.



Ini termasuk mengajak pekerja memakai pakaian biru, memperkenalkan produk bertema biru, menawarkan tawaran untuk pelanggan yang memakai pakaian biru, ataupun menghidupkan lampu biru di bangunan mereka.



Sejumlah 56 bangunan, mercu tanda dan jambatan ikonik di serata Singapura memaparkan cahaya berwarna biru dari 19 hingga 22 Mac lalu bagi melambangkan komitmen mereka ke arah kemampanan air.



Secara keseluruhan 460 rakan kongsi masyarakat menganjurkan lebih 500 acara dan kegiatan bagi menggalak mesej kemampanan air sempena kempen air tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >