Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif hijau baru dibangun, perkukuh usaha kemampanan di majlis bandaran PAP

Wan Rizal pimpin pasukan bertindak bangun bandar hijau
May 15, 2021 | 03:54 PM



RANCANGAN mengemukakan lebih banyak inisiatif menghijau seperti pengkomposan makanan di estet perumahan sedang diusahakan sebagai sebahagian usaha membangun sekitaran hidup lebih mampan buat penduduk.



Sehingga kini, 15 majlis bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menubuhkan inisiatif memperkasa rancangan dan usaha kemampanan dalam menyokong Pelan Hijau Singapura 2030.



Inisiatif ini akan menggalak kerjasama antara majlis bandaran, penduduk serta pakar dan pejuang kemampanan dalam menjadikan setiap bandar yang diuruskan PAP sifar sisa, berkesan dari segi tenaga dan lebih menghijau menjelang 2025, umum parti ini pada Sabtu (15 Mei).



Seorang Anggota Parlimen daripada setiap majlis bandaran bersama wakil sayap belia PAP, Young PAP, akan membentuk pasukan bertindak 'Action for Green Towns' (Tindakan bagi Bandar Hijau) yang akan dipimpin pengerusi Majlis Bandaran Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.



Sebagai permulaan, pasukan bertindak ini akan menyemak projek kemampanan yang ada di pelbagai majlis bandaran. Insiaitif yang sedia ada termasuk penggunaan lampu LED penjimat tenaga dan lampu bijak, menggalak kegiatan berbasikal dengan membangun lebih banyak rak basikal serta menjadikan bumbung tempat meletak kereta berbilang tingkat lebih menghijau lagi.



Pengerusi penyelaras bagi majlis bandaran PAP, Encik Lim Biow Chuan, berkata:



"Kesan perubahan iklim tidak boleh diabaikan dan kita perlu mengambil tindakan bagi memastikan kita mewujudkan sekitaran hidup yang lebih baik dan lebih mampan buat penduduk kita.



"Penting bagi kita menangani darurat sejagat dan kerana itu, kemampanan mesti menjadi asas amalan pengurusan bandar."



Beliau menambah pasukan bertindak ini akan menilai projek yang ada serta menentukan mana yang wajar diterapkan dan diskalakan serata majlis bandaran di sini. 



"Kad laporan" pertama akan dikeluarkan hujung tahun ini dengan melakar inisiatif yang terkumpul dan bagaimana keadaan boleh diperbaiki, jelas Dr Wan Rizal, sambil menambah setiap majlis bandaran akan juga mengumumkan perancangan mereka secara berkala.



Menurutnya lagi, penting mempertingkat usaha berlandaskan kerja yang telah banyak majlis bandaran lakukan, bekerjasama dan menuju ke arah matlamat mencapai kemampanan.



Beliau menambah, penduduk akan memainkan peranan utama dalam mencorak perjalanan hijau ini buat bandar yang sedia ada di samping terlibat dalam keseluruhan proses ini, dari memberi maklum balas kepada mengemukakan idea dan melaksanakannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >