Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif kesihatan bagi lelaki dilancar di Marsiling

Oct 26, 2020 | 05:30 AM



SEMPENA Hari Lelaki Antarabangsa yang bakal tiba November ini, Marsiling Hearts melancarkan inisiatif kesihatan diterajui masyarakat yang memberi tumpuan terhadap kesedaran penyakit kronik, kanser, dan kesihatan orang lelaki.



Dinamakan 'Kita Semua Okay', inisiatif tiga bahagian itu bermula dengan bahagian pertamanya semalam, terdiri daripada cabaran kecergasan bapa dan anak, serta ceramah kesihatan.



Dengan kerjasama bersama Nexus Kementerian Pertahanan (Mindef), acara yang diadakan di Kelab Masyarakat Marsiling itu bertujuan menggalakkan kaum bapa untuk menjalinkan ikatan lebih baik bersama anak mereka menerusi kegiatan fizikal.



Disebabkan langkah pengurusan selamat, ia disiarkan menerusi media sosial secara 'live' dan telah menerima lebih daripada 500 tontonan.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad yang hadir bagi pembukaan inisiatif tersebut berkata mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan sendiri adalah penting sedang lebih ramai ibu bapa melangkah masuk generasi perak dalam dekad seterusnya.



"Di tengah-tengah gaya hidup kita yang sibuk, kaum bapa boleh memainkan peranan yang lebih tegas untuk memastikan anak-anak mereka kekal sihat. Selain daripada menunjukkan contoh yang baik dan pengawasan dari segi kesihatan dan kecergasan anak-anak, mereka juga boleh menanam tabiat gaya hidup sihat kepada mereka sedang mereka membesar. Kita semua boleh bekerjasama untuk meningkatkan kecelikan kesihatan masyarakat kita dan untuk keluarga kita," katanya yang juga penasihat akar umbi wad Marsiling bagi GRC Marsiling-Yew Tee.



Seorang peserta senaman yang diadakan semalam, Muhammad Akmal Zikry Muhamad Azrin, 16 tahun, hadir bersama ayahnya, Encik Muhamad Azrin Abdullah, 46 tahun, yang juga pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) kawasan undi Marsiling.



Menurutnya, kegiatan seperti itu produktif.



"Di rumah, kami tidak bersenam sangat, kami hanya duduk dan bersembang antara satu sama lain. Jadi senaman ini membawa kami lebih rapat," tambah pelajar itu.



Dua lagi acara pendekatan masyarakat bagi 'Kita Semua Okay', akan diadakan bulan depan dan Disember.



Acara bulan depan memberi tumpuan kepada meningkatkan kesaksamaan kesihatan masyarakat Melayu untuk menggalakkan mereka mengambil langkah aktif dalam menjaga kesihatan mereka.



Encik Azrin berkata: "Masyarakat Melayu kita terjejas secara tidak seimbang oleh penyakit seperti kencing manis, strok, kegagalan buah pinggang, dan barah tertentu. Kita boleh mencegahnya dengan mempromosikan kecelikan kesihatan dan rawatan serta penjagaan kesihatan proaktif. Memanfaatkan semangat kampung kita memberi kita pendekatan kuat dan peluang yang disasarkan."



Tumpuan bagi acara bulan Disember pula tentang kesedaran penyakit kronik di kalangan warga emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >