Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif memelihara ekosistem Pulau Ubin

NParks lancar arboretum pantai baru yang menempatkan spesies terancam tempatan
Sep 12, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI usaha memulihara dan memperkayakan lagi biodiversiti di Pulau Ubin, sebuah arboretum pantai baru yang menampilkan spesies terancam tempatan, telah dilancarkan Lembaga Taman Negara (NParks) di pulau itu semalam.



Arboretum pantai itu akan memaparkan sekitar 500 pokok, menempatkan kira-kira 70 spesies tempatan yang hidup dalam sekitaran pantai di sini.



Arboretum adalah kawasan yang ditanami dengan spesies pokok tertentu untuk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan dan penyelidikan.



Pembukaan arboretum pantai ini merupakan antara usaha diumumkan NParks semalam, sempena Hari Ubin tahun ini, untuk meningkatkan daya tahan pulau itu.



NParks berkata arboretum pantai itu akan bertindak sebagai tapak semaian untuk spesies tanaman pantai tempatan, yang kemudiannya akan ditanam semula di pantai Pulau Ubin.



Arboretum itu akan bertempat di Makmal Kehidupan Ubin, di kawasan di barat daya pulau itu.



Makmal tersebut adalah kemudahan untuk kajian lapangan dan pendidikan alam sekitar.



Turut hadir melancarkan arboretum itu di Pulau Ubin pagi semalam ialah Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.



Encik Lee dan Cik Fu juga menanam anak pokok spesies pokok pantai tempatan yang terancam - Seashore Nutmeg - di Pulau Ubin pagi semalam.



Encik Lee menyifatkan Pulau Ubin sebagai tempat "yang sentiasa istimewa" dan kaya dengan biodiversiti.



"Jenis habitat yang pelbagai - daripada hutan pesisiran dan sekunder hingga ke bakau dan ladang buah-buahan yang ditinggalkan - menyokong kepelbagaian diversiti hidupan liar tempatan.



"Memulihara habitat dan ekosistem utama ini melalui menanam pokok dan usaha pemulihan lain adalah penting dalam memastikan kelangsungan jangka panjang spesies tempatan yang jarang ditemui," kata Encik Lee.



Tahun ini, 3,500 pokok akan ditanam di 12 tapak yang ditinggalkan di serata Pulau Ubin, sebagai usaha penghutanan semula pulau itu.



Tapak itu sebelum ini digunakan sebagai perlombongan granit, akuakultur, pertanian, dan penempatan bangunan.



Ia merangkumi sebahagian Tanah Lembap Chek Jawa, Kuari Kekek dan Taman Basikal Gunung Ketam.



Dan untuk beberapa tahun akan datang, lebih 16,000 pokok baru yang menampilkan lebih 70 spesies tempatan akan ditanam secara bertahap di 12 tapak ini, kata NParks dalam kenyataannya.



NParks berkata pokok yang ditanam di 12 tapak itu akan membantu meningkatkan biodiversiti dan hubungan ekologi antara ruang hijau dan hutan teras di Pulau Ubin.



Cik Fu berkata penghutanan semula boleh memainkan peranan dalam memerangi kesan perubahan iklim.



"Kami akan terus manfaatkan teknologi dan jalan penyelesaian berasaskan alam - seperti bakau, penghutanan semula dan penanaman vertikal - untuk menurunkan suhu sekitaran dan mengekalkan aliran permukaan air hujan lebat," katanya.



NParks juga mengumumkan penemuan dua serangga baru dalam sains di pulau itu, Sepsid Fly dan Long-Legged Fly.



Penemuan itu, kata NParks, menunjukkan keunikan biodiversiti di Pulau Ubin dan pentingnya memulihara warisan alamnya.



Agensi itu, dengan bantuan rakan kongsi dan sukarelawan, juga akan memulihkan beberapa rumah kampung di Pulau Ubin dan menjadikan pulau tersebut lebih mudah diakses oleh pengguna kerusi roda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >