Inisiatif naikkan CPF, usia bersara harus dilaksana 2022, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Inisiatif naikkan CPF, usia bersara harus dilaksana 2022

Feb 06, 2021 | 05:30 AM

KENAIKAN sumbangan CPF, usia persaraan dan pengambilan bekerja semula bagi pekerja lanjut usia tidak harus ditangguhkan lagi dan perlu dilaksanakan tahun depan seperti dijadualkan, gesa Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Heng Chee How.

Encik Heng berkata walaupun langkah itu terpaksa ditangguh selama setahun ekoran Covid-19, namun Singapura harus berwaspada dan memastikan tujuan asal kenaikan itu dipenuhi.

Ini termasuk membantu pekerja lanjut usia merangsang simpanan persaraan memandangkan jangka hayat lebih lama.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi media maya menjelang Belanjawan 2020 selepas satu lawatan ke Hospital Universiti Nasional (NUH), kelmarin.

Encik Heng berkata bagi baki dekad ini, keadaan akan terus dipantau untuk menjangkakan rentak pelaksanaan kenaikan seterusnya.

Discover Malay Home Based Businesses

Beliau turut menarik perhatian Covid-19 telah menunjukkan bahawa tanggapan adanya hambatan dalam menggajikan pekerja lanjut usia dapat diatasi dan golongan itu sekali lagi membuktikan nilai dan keupayaan mereka.

Ini termasuk kemampuan pekerja matang menyesuaikan diri dengan teknologi dan kemahiran digital ekoran perubahan dalam model perniagaan.

Menurut beliau, Covid-19 juga menimbulkan kesedaran semula tentang pentingnya kesihatan di tempat kerja, tidak kira apa sahaja lapisan usia pekerja.

LAPORAN LANJUT: Kesatuan komited laksana kenaikan CPF, usia bersara tahun depan

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map