LEBIH banyak sokongan kini disediakan bagi pengasas startup, atau syarikat permulaan, yang ingin mendapatkan bantuan bagi memperkukuhkan perniagaan mereka.
Gerakan buruh semalam melancarkan inisiatif U Startup secara rasmi bersama Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Chan Chun Sing, semasa Hari U Startup di JustCo@Robinson Road.