Inisiatif NTUC untuk menyokong ibu-ibu bekerja bermula dengan 12,000 baucar Grab percuma
IBU-ibu yang bekerja yang juga merupakan anggota Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) boleh mendapatkan baucar bernilai $9 untuk menaiki Grab dan menggunakan khidmat penghantaran Grab Delivery di bawah satu inisiatif yang dilancar semalam.
Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada skim Friends of Working Mums yang dimulakan unit NTUC U Family untuk membantu anggota menjimat wang dan masa mereka.
Ibu-ibu yang bekerja dengan anak yang berusia 7 tahun akan menerima hadiah baucar Grab itu.
Sebanyak 12,000 baucar ditawarkan sehingga akhir tahun ini melalui www.ufamily.org.sg/FOWM.
Majikan dan juga kesatuan boleh membeli pakej korporat subsidi untuk anggota.
Ini berharga $50 untuk baucar Grab dan penghantaran makanan yang bernilai $69, atau berharga $100 untuk baucar bernilai $138.
Menurut NTUC, lebih banyak produk dan khidmat akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut tetapi tidak mendedahkan bila ia akan dilancarkan.