Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif SFA, FairPrice jual sayuran hasil ladang S'pura

Oct 29, 2022 | 05:30 AM



PELANGGAN kini boleh membeli lebih banyak sayur-sayuran tempatan di beberapa cawangan pasar raya NTUC FairPrice di sini.



Agensi Makanan Singapura (SFA) telah bekerjasama dengan FairPrice untuk melancarkan Inisiatif Inkubasi Runcit, yang memberi peluang kepada ladang tempatan terpilih menjual hasil sayur-sayuran mereka di pasar raya FairPrice.



Empat ladang sayur tempatan kini menjual hasil sayur-sayuran mereka di sembilan pasar raya FairPrice di bawah program perintis, yang membolehkan peladang dibimbing dalam memasuki pasaran runcit.



Program perintis sepanjang enam bulan itu, yang bermula Julai lalu, diumumkan Menteri Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Cik Grace Fu, semasa pelancaran pameran Buatan Singapore FairPrice edisi ke-11 semalam.



Semasa ucapannya di cawangan FairPrice di Our Tampines Hub, Cik Fu berkata keselamatan makanan adalah isu semasa yang dihadapi banyak negara.



"Sebagai sebuah negara yang mengimport lebih daripada 90 peratus makanan kita, Singapura terutamanya terdedah kepada gangguan bekalan. Inilah sebabnya kami mengamalkan strategi yang pelbagai untuk keselamatan makanan.



"Usaha ini untuk mempelbagaikan sumber import, serta berkembang di dalam dan luar negara," jelasnya.



Di bawah Pelan Hijau Singapura 2030, Singapura merancang memenuhi 30 peratus keperluan pemakanan tempatan Singapura dengan makanan yang dihasilkan sendiri menjelang 2030.



Di bawah program perintis ini, FairPrice akan menyokong ladang tempatan seperti Next Farmer, LiveFresh, GoFarm dan GKE Agritech untuk menimba pengetahuan perniagaan praktikal sambil menyediakan platform untuk menjual produk mereka.



Produk-produk yang ditawarkan ladang-ladang ini termasuk sayur-sayuran berdaun Asia, sayur-sayuran dalam pasu dan herba.



Antara sembilan cawangan FairPrice itu ialah di pusat beli-belah Jem, Vivocity, Parkway Parade, Thomson Plaza, Bukit Timah Plaza, Causeway Point, Our Tampines Hub, Northpoint City dan Hillion Mall.



Sejak Julai lagi, ladang-ladang tempatan ini dibimbing FairPrice untuk memperbaiki produk, harga dan mekanik promosi mereka.



Ditemui Berita Harian (BH), Encik Lee Yuan Hao, pengurus ladang di GKE Agritech, berkata walaupun mereka sudah menjual hasil sayur-sayuran mereka di sekitar 30 pasar tempatan di sini, jualan di pasar raya adalah sesuatu yang baru bagi mereka.



"Di bawah inisiatif ini, kami dapat memanfaatkan pemasaran FairPrice dan juga meningkatkan kesedaran tentang produk kami di salah satu rangkaian pasar raya yang terbesar di sini," katanya yang kini menawarkan dua jenis sayuran - kale dan salada - di bawah inisiatif ini.



Ketua eksekutif Kumpulan FairPrice, Encik Seah Kian Peng, berkata ia tetap komited untuk mempromosikan hasil tanaman tempatan.



"Dengan meningkatkan pengeluaran tempatan, kami bukan sahaja menyokong perniagaan tempatan, malah juga membantu membina keselamatan makanan dan daya tahan yang lebih besar sebagai sebuah negara," ujarnya.



Produk-produk tersebut telah mula dijual di pasar raya mulai 1 Oktober dan boleh didapatkan sehingga 30 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >