Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif SGTeguhBersatu perkuat daya tahan masyarakat

Ia termasuk sesi kaunseling maya, forum dalam talian, siri video bertema membina daya tahan psikososial
May 14, 2020 | 05:30 AM



PASUKAN bertindak bagi membantu masyarakat Melayu/Islam setempat dalam menangani krisis pandemik Covid-19 ini telah mengumumkan semalam beberapa inisiatif untuk memperkuatkan daya tahan masyarakat.



Antara bantuan yang ditawarkan Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu itu adalah sesi kaunseling menerusi pautan video bagi pesakit Covid-19 dan keluarga setempat.



Usaha ini diterajui Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) di bawah Rangkaian Jagaan SGTeguhBersatu.



Kaunseling maya itu bertujuan menawarkan sokongan dari segi emosi serta kerohanian dan akan melibatkan pekerja sosial serta asatizah.



Pasukan itu juga akan bekerjasama dengan agensi pemerintah yang relevan, seperti Kementerian Kesihatan (MOH) untuk membantu keluarga yang terjejas.



Program lain yang akan diadakan termasuk forum dalam talian serta penerbitan siri video berkaitan tema membina daya tahan psikososial.



Forum dalam talian itu akan memberi tumpuan terhadap membina daya tahan dari segi kerohanian, sosial dan mental terhadap norma baru yang harus diamalkan orang ramai sekarang.



Ia akan menampilkan perkongsian serta nasihat oleh PPIS, Pergas dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).



Para pekerja sosial, asatizah dan juga pakar kesihatan dalam ketiga-tiga aspek daya tahan itu akan berkongsi mengenai penyesuaian yang harus diamalkan individu, keluarga dan masyarakat terhadap norma-norma baru itu, sedang Singapura akan melonggarkan langkah pemutus litarnya tidak lama nanti.



Dalam satu catatan di Facebook semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata:



"Penularan Covid-19 telah menyebabkan banyak gangguan di dalam kehidupan kita. Ada di antara kita yang mungkin menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan norma-norma baru yang perlu kita amalkan kini.



"Ada pula yang mungkin berasa tertekan dari segi fizikal, emosi dan sosial oleh kerana langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan Covid-19."



Dalam kenyataannya, pasukan itu pula berkata ia sedar terhadap keperluan individu, keluarga dan masyarakat yang mungkin telah berubah atau menjadi semakin mencabar dalam tempoh yang sulit seperti pandemik ini.



"Sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan ini, kami telah menyaksikan lebih ramai individu dan keluarga yang terjejas dari segi keperluan fizikal, sosial dan emosi," kata pasukan itu.



Oleh itu, pasukan tersebut telah menghasilkan satu rangka kerja daya tahan psikososial, yang diterajui pekerja sosial PPIS, untuk memberi sokongan kepada masyarakat dalam tempoh ini.



Kata Encik Masagos, mereka yang menghadapi cabaran kini tidak keseorangan kerana terdapat banyak saluran yang boleh membantu mereka, termasuk inisiatif terbaru ini.




"Ada di antara kita yang mungkin menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan norma-norma baru yang perlu kita amalkan kini. Ada pula yang mungkin berasa tertekan dari segi fizikal, emosi dan sosial oleh kerana langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan Covid-19. Bagi anda yang menghadapi cabaran, anda tidak keseorangan. Terdapat banyak saluran yang boleh membantu anda, termasuk inisiatif terbaru ini."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




USAHA PERKUAT DAYA TAHAN MASYARAKAT MELAYU/ISLAM



  • SIRI VIDEO

- Perkongsian oleh pekerja sosial dan terapi keluarga yang bertujuan pupuk kemahiran membuat penyesuaian bagi diri, keluarga dan masyarakat sewaktu wabak ini



  • PODCAST DAYA TAHAN PSIKOSOSIAL

- Perkongsian oleh Pakar PPIS menerusi podcast Berita Harian pada 19 Mei



  • E-MAKLUMAT

- Maklumat bagi tangani cabaran dan kesulitan semasa wabak, mengendali tekanan sewaktu krisis sewaktu tempoh pemutus litar



- Diterbitkan di laman PPIS mulai 18 Mei



  • KAUNSELING MAYA

- Rangkaian Kasih SGTeguhBersatu libatkan asatizah dan pekerja sosial beri kaunseling maya kepada pesakit Covid-19 dan keluarga mereka



  • FORUM MAYA

- E-Forum oleh PPIS, Pergas dan MHPA mengenai daya tahan kerohanian, sosial dan mental dalam norma baru




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >