Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif SMRT Trains bantu kumpul dana untuk Cabaran Presiden

Jan 16, 2022 | 08:05 PM



SYARIKAT pengangkutan SMRT Trains telah melancarkan sebuah daya usaha baru untuk menyediakan alat dan kemahiran yang diperlukan kepada golongan yang mudah terjejas untuk hidup dalam dunia serba digital hari ini.



Inisiatif dipanggil Tap For Hope (TFH) itu akan menyaksikan pengendali pengangkutan itu bekerjasama dengan Cabaran Presiden untuk menyokong tema ‘Membina Sebuah Masyarakat yang Inklusif Secara Digital’, dan mengumpulkan dana bagi 93 agensi yang disokong Cabaran Presiden.



Cabaran Presiden adalah sebuah gerakan nasional diterajui Presiden Halimah Yacob untuk mengumpulkan rakyat Singapura dalam membina sebuah masyarakat yang saling menyayangi dan bersatu padu bersama.



Di bawah tema itu, matlamat Cabaran Presiden adalah untuk memperkasa golongan yang mudah terjejas agar mereka mempunyai alat, kemahiran dan ketersambungan digital supaya dapat kekal aktif secara sosial dan ekonomi dalam dunia digital.



Orang ramai yang ingin menyumbang kepada inisiatif Tap For Hope itu boleh mengimbas kod QR PayNow yang terdapat di tiga stesen MRT – stesen Paya Lebar dan Harbourfront di Laluan Circle, dan stesen Jurong East di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat.



Inisiatif ini akan diadakan selama enam minggu sehingga 28 Februari.



“Penderma hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan untuk menderma secara langsung kepada Cabaran Presiden,” kata SMRT dalam kenyataannya.



Di samping itu, SMRT akan mengadakan rancangan publisiti dalam talian untuk menggalak orang ramai memberi, seperti di laman SMRT dan wadah media sosialnya, serta mendekati rakan masyarakat.



Presiden SMRT Trains, Encik Lam Sheau Kai, berkata pihaknya gembira dapat diberi peluang menyokong Cabaran Presiden.



“Tap For Hope lahir daripada etos perkhidmatan WeCare kami, yang bertujuan mengambil berat tentang setiap orang yang kami temui dan berikan perkhidmatan, di dalam dan luar rangkaian kereta api kami,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >