MAKMAL Inovasi The Straits Times (ST) memenangi tempat pertama bagi Konsep Baru Terbaik dalam Mengeram Produk atau Idea, pada majlis Anugerah Media Global oleh Persatuan Media Berita Antarabangsa (INMA) di London, kelmarin malam.
Makmal itu merupakan inisiatif pasukan ST Digital dalam memastikan akhbar tersebut mengikuti perkembangan inovasi teknologi dan trend digital, serta mengambil pendekatan perusahaan bagi membangunkan cara bercerita dan mendekati pembaca baru.