Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif tanam 10,000 pokok tanda komitmen S'pura untuk masa depan lebih hijau

'Lee Kuan Yew 100' kenang ulang tahun, iktiraf sumbangan perdana menteri pertama negara
May 08, 2023 | 05:30 AM



SEBANYAK 10,000 pokok akan ditanam di seluruh pulau menjelang hujung tahun ini, melambangkan komitmen Singapura untuk masa depan yang lebih hijau.



Memulakan inisiatif 'Lee Kuan Yew 100' atau LKY100 di GRC Jalan Besar pada pagi Ahad, sekitar 100 pokok ditanam di kawasan hijau sekitar St George Lane oleh penduduk kawasan tersebut.



Inisiatif yang dilancarkan pada 7 Mei ini adalah sebahagian daripada peringatan ulang tahun kelahiran perdana menteri pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.



Melancarkan acara tersebut pada Ahad adalah Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Menekankan kepentingan pelancaran acara ini, Encik Wong berkata ia dapat memberi pengiktirafan kepada sumbangan Encik Lee kepada masyarakat.



"Encik Lee menumpukan seluruh hidupnya untuk membina Singapura dan memajukan kesejahteraan semua rakyat Singapura.



"Cita-cita dan keyakinannya membentuk misi Parti Tindakan Rakyat (PAP) sejak permulaannya dan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat Singapura bagi generasi berturut-turut.



"Dalam masa yang mencabar ini, saya berharap cita-cita dan nilai yang sama akan memberi inspirasi kepada generasi baru rakyat Singapura - untuk menghadapi masa depan dengan keberanian dan ketabahan, supaya terus menentang segala rintangan dan membina Singapura yang lebih baik bersama," katanya.



Seawal 9 pagi, seramai 100 keluarga dan anak-anak mereka daripada sembilan pusat Prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) di GRC Jalan Besar berkumpul di Blok 7 St George Lane untuk menanam pokok di kawasan itu.



Turut menghadiri acara tersebut adalah Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Cik Josephine Teo, Encik Heng Chee How, Cik Denise Phua dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah.



Menyifatkan Encik Lee sebagai Ketua Pekebun Singapura (Singapore's Chief Gardener), Dr Wan berkata inisiatif itu membolehkan orang ramai dalam masyarakat meneruskan legasinya menjadikan Singapura sebuah bandar hijau.



"Dengan setiap dekad yang berlalu, generasi rakyat Singapura telah menuai hasil usaha nasional ini, menyaksikan transformasi yang menakjubkan daripada 'Bandar Taman' ke 'Bandar Alam Semula Jadi'.



"Di sebalik tekanan pembangunan yang berterusan, pulau kita kekal sebagai oasis yang subur dan tempat di mana rakyat boleh mengakses taman dan ruang rekreasi yang indah.



"Harta ini adalah warisan kita, pemberian daripada orang-orang sebelum kita. Sekarang adalah tanggungjawab kita untuk memelihara dan melindunginya untuk generasi akan datang," jelas Dr Wan.



Sebagai Ketua Pekebun Singapura, Encik Lee telah melancarkan kempen penanaman pokok pertama di seluruh negara pada 1963 dan memperkenalkan visi 'Bandar Taman' pada Mei 1967.



Matlamatnya adalah untuk mengubah Singapura menjadi sebuah bandar dengan kehijauan yang subur dan alam sekitar yang bersih, meningkatkan kualiti hidup semua rakyat dan menjadikan negara kita sebagai sebuah destinasi global.



Antara keluarga yang berpeluang melibatkan diri dalam acara itu adalah Cik Normira Ellyvira Hamid, 27 tahun.



Ketika ditemui Berita Harian (BH), ibu kepada tiga orang anak itu berkata acara ini memberi anak-anaknya pengalaman mengekalkan kehijauan di Singapura yang lebih mendalam.



"Di rumah, kami sekeluarga sering berkebun dan menanam pokok yang kecil.



"Tetapi pengalaman ini membolehkan anak-anak saya mempunyai rasa pemilikan dan menghargai alam semula jadi apabila mereka membesar.



"Kini, mereka dapat selalu datang kembali ke tapak ini untuk melihat bagaimana pokok yang mereka menanam menyumbang kepada masyarakat dalam masa akan datang," kata pembantu pergigian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >