Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif tarik golongan muda

Oct 08, 2017 | 05:30 AM



MEMBERI peluang kepada kumpulan 'percussion' yang memukul genderang dan peralatan yang mendetak jiwa, dan memberi ruang kepada 'seniman' jalanan atau buskers mempamerkan bakat dan minat mereka.



Ini adalah antara langkah bagi menarik generasi muda mengunjungi Wisma Geylang Serai (WGS) dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.



"Kita harus bersedia melihat dan membuka pintuk WGS kepada seni baru.



"Dari satu aspek, kita misalnya melihat sebahagian anak muda meminati 'percussion' - mungkin kerana pukulan genderangnya yang bersemarak.



"Kalau ada kumpulan 'percussion' yang ingin menjadikan WGS sebagai pusat/rumah mereka di sana, kita boleh fikirkan bagaimana menggalakkan ini; atau menggalakkan mereka membuat persembahan pada hujung minggu bagi menarik lebih banyak kumpulan lain.



"Kita boleh menggalakkan mereka mengadakan peraduan di kalangan pelbagai kumpulan 'percussion' yang boleh mengambil bahagian supaya lebih bersemarak dan berasa seni baru mereka ini dapat diterima oleh masyarakat," kata Dr Maliki Osman.



Menurutnya lagi, beberapa seni baru yang mungkin dapat menarik perhatian mereka akan difikirkan.



"Kami akan juga memberi peluang kepada 'buskers' yang ingin memperlihatkan bakat mereka kepada masyarakat.



"Kami mahu lebih ramai anak muda yang ingin mengeksperimentasikan seni baru mereka diberi peluang," kata beliau.



Bakat yang mungkin ingin ditonjolkan meluas merangkumi pelbagai bidang seperti hiburan, fotografi dan seni lukis.



"WGS menawarkan ruang kepada sesiapa sahaja yang ingin mendekati masyarakat dan mahu masyarakat mendekati mereka.



"Saya harap ini dapat menarik lebih banyak bakat baru yang mungkin pernah berasa seni atau kecenderungan mereka tidak difahami," kata beliau.



Dr Maliki menambah bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan pertubuhan seperti Majlis Seni Kebangsaan (NAC) bagi memberi nafas baru kepada kumpulan seni bergerak di WGS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >