Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif terbaru SIA: Makan tengah hari di pesawat A-380 serendah $50

Oct 01, 2020 | 08:33 PM



MAKAN tengah hari selama tiga jam di kabin kelas ekonomi pesawat Singapore Airlines (SIA) Airbus A-380 dengan bayaran $50.



Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman lebih mewah, harga sesi makan tengah hari di suite kelas pertama ultra mencecah sehingga $600.



Ini antara butiran terperinci mengenai inisiatif terkini SIA yang diumumkan pada Khamis (1 Oktober) menyusuli langkah mendekati pelanggan di Singapura dalam situasi pandemik Covid-19.



Awal sebelum ini, SIA menjelaskan ia tidak akan melancarkan sesi penerbangan sekeliling Singapura bagi menangani impak Covid-19 kepada sektor penerbangan. Sebaliknya, ia akan fokus pada khidmat 'restoran pesawat', kiriman makanan premium ke rumah dan sesi kunjungan ke kemudahan latihan SIA.



SIA juga mendedahkan anda juga boleh menjenguk di belakang tabir pengendalian kemudahan latihan SIA dengan harga $15 bagi kanak-kanak antara usia tiga dengan 12 tahun serta $30 bagi orang dewasa.



Khidmat tambahan seperti pengalaman ‘terbang di langit biru’ dengan  simulator penerbangan (buat tiga peserta) pula berharga $500.



Semua ini mampu dibeli selain tiket jelajah asas.



Bagi kaki kembara yang merindui lantas ingin menikmati makanan yang disajikan dalam penerbangan SIA, harga tempahan makanan ke rumah anda lebih mahal.



Bagi merasa makanan kelas perniagaan buat dua orang, anda perlu membayar sekurang-kurangnya $288 manakala harga makanan kelas pertama adalah $448.



Harga ini, jelas SIA, tidak termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus yang perlu dibayar pelanggan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >