Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif TeSA lengkapkan lebih 3,000 warga dengan kemahiran 5G

Portal latihan 5G baru dilancar bagi latih lebih ramai rakyat rebut peluang dalam bidang yang sedang membangun
Nov 18, 2021 | 05:30 AM



INISIATIF Pemacu Kemahiran Teknologi (TeSA) telah melengkapi lebih 3,000 warga Singapura dengan kemahiran 5G sepanjang tahun lalu.



Selain itu, satu portal latihan 5G baru telah dilancarkan bagi melatih lebih ramai warga Singapura untuk merebut peluang baru dalam bidang yang semakin berkembang itu.



Portal tersebut mengandungi lebih 500 kursus dalam talian berkaitan dengan 5G serta latihan amali.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, mengongsi perkembangan itu di Persidangan Rangkaian Industri Rantau (RINC) Politeknik Singapura, semalam.



Persidangan tahunan itu membincangkan trend kejuruteraan, pembangunan dan inovasi terkini.



Semasa acara itu, Cik Teo turut melancarkan secara rasmi portal Akademi Telekom dan 5G Singapura (Akademi 5G) yang baru serta Pusat 5G dan Kecerdasan Internet Benda (AIoT) Politeknik Singapura.



Pusat itu membolehkan syarikat untuk membangunkan huraian bagi membuktikan konsep. Mereka juga boleh mendapatkan kepakaran teknikal di pusat itu untuk membangun produk dan khidmat 5G mereka.



"Hubungan rapat pusat itu dengan industri juga menawarkan peluang unik bagi kakitangan dan pelajar untuk meninjau teknologi membangun dan aplikasi dalam dunia sebenar," kata Cik Teo, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber.



Sementara itu, Akademi 5G itu yang disokong Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), telah bekerjasama untuk melengkapi warga setempat dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengendali dan mengekalkan rangkaian 5G selain membangunkan huraian 5G.



Akademi itu yang dipimpin Politeknik Singapura (SP) dan Universiti Nasional Singapura (NUS), telah bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IHL), pengendali rangkaian bergerak dan rakan kongsi industri, bagi menyatukan pengambilan dan peraturan latihan daripada ekosistem 5G.



Usaha latihan SP dan NUS turut dilengkapi kerjasama IMDA bersama Pengendali Rangkaian Mudah Alih Singapura seperti M1 dan Singtel, untuk mengambil dan memberi kemahiran baru lagi 1,000 karyawan untuk menyokong pelaksanaan 5G di Singapura.



Secara global negara seperti Amerika Syarikat, China dan Jepun sedang melancarkan teknologi 5G pada rentak yang pantas.



"Justeru Singapura perlu meneruskan usaha dengan pelancaran rangkaian 5G bagi membolehkan syarikat kita memanfaatkan sepenuhnya teknologi ini," tambah Cik Teo



Ketua Eksekutif IMDA, Encik Lew Chuen Hong, berkata rangkaian 5G merupakan teknologi mudah alih seterusnya yang menjadi asas ekonomi digital negara.



"Ia menawarkan banyak peluang pekerjaan dan kami telah sejauh ini melengkapi lebih daripada 3,000 warga Singapura dengan kemahiran 5G.



"Saya berharap untuk melihat lebih ramai warga Singapura merebut peluang ini dan menyertai kami dalam membangunkan masa depan digital Singapura," ujarnya.



Pengetua dan Ketua Pegawai Eksekutif SP, Encik Soh Wai Wah, berkata pelancaran Pusat 5G dan AIoT serta Akademi Telekom dan 5G Singapura merupakan inisiatif strategik yang akan meluaskan kumpulan bakat ekosistem 5G negara.



Singapura akan mempunyai rangkaian 5G merentasi sebahagian negara Singapura menjelang akhir 2022 dan rangkaian di kawasan luar Singapura penghujung tahun 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >