Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inklusiviti sosial jadi tema utama; bukti masyarakat SG penyayang: Indranee

Mar 24, 2021 | 05:30 AM



ANTARA pelbagai tema yang dibincangkan dalam Perbincangan untuk Bangkit Lebih Kukuh (ESC), inklusiviti sosial telah muncul sebagai antara isu utama, yang menunjukkan bahawa rakyat Singapura merupakan warga yang penyayang, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, kelmarin.



Malahan, sekitar 19 perkongsian telah dibentuk antara pertubuhan bukan pemerintah, rakyat Singapura, syarikat dan agensi sektor awam hasil daripada usaha mendekati orang awam.



Usaha kerjasama ini yang dikenali sebagai Perikatan untuk Bertindak Singapura Bersama (AfA) bertujuan untuk memacu perubahan dalam bidang seperti menggerakkan syarikat korporat agar menjadi pemacu lebih besar dalam melakukan kerja-kerja bermanfaat, penjagaan, keharmonian kehidupan-bekerja serta kecelikan digital dan akses.



Memanfaatkan siri perbincangan berhubung Singapura Bersama Menerusi Perikatan yang dianjurkan akhbar The Straits Times (ST) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Cik Indranee berkata:



"Perbincangan ini mencerminkan sesuatu tentang rakyat Singapura bahawa kita sememangnya warga yang penyayang, kita ingin menyuarakan pandangan tentang banyak perkara, kita tidak malu mengetengahkan jurang, tetapi secara keseluruhan ialah keinginan kita untuk mahu membantu, mahu membina tempat yang lebih baik."



Dilancarkan pada Jun tahun lalu, perbincangan itu bertujuan untuk mencarta laluan bagi Singapura sedang ia bangkit daripada pandemik Covid-19.



Selang sembilan bulan kemudian, lebih 17,000 rakyat Singapura telah mengongsi idea dan pandangan mereka.



Dan AfA merupakan hasilnya.



"Apa maksud AfA sebenarnya ialah kita chiong bersama. Itu merupakan satu cara mudah untuk mengingatinya," kata Cik Indranee yang menggunakan kekata Singlish yang bermaksud "merempuh bersama"



Menjelaskan, beliau yang membimbing perbincangan itu bersama Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, menambah: "Pada akhirnya, apabila kita berbincang dengan rakyat Singapura, apabila kita telah bertukar-tukar idea dan melakarkan perkara yang ingin kita lakukan, seseorang perlu melaksanakannya.



"Dan kita mahu menjadi cerdas, cepat, justeru anda tidak mahukan jentera berat untuk memajukannya. Anda mahukan warga dari pelbagai kumpulan dalam berbagai sektor berbeza, menjadi pakar utama, mengutarakan strategi, melaksanakannya selain bekerja bersama dengan pemerintah."



Malahan semangat kerjasama ini telah wujud semasa pandemik Covid-19, kata tiga panelis lain dalam perbincangan itu, yang menukil bagaimana rakyat dan berbagai kumpulan bersatu untuk bekerjasama dengan agensi bagi menangani beberapa cabaran.



Antara panelis lain dalam perbincangan itu termasuk ketua pegawai eksekutif Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC), Cik Melissa Kwee; CEO kumpulan PSA International dan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh, Encik Tan Chong Meng; dan timbalan pengarah bagi kajian dan felo pengkaji kanan di Institut Pengajian Dasar (IPS), Dr Gillian Koh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >