Inovasi pegawai Home Team diiktiraf, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SAJIAN KHAS HARI INI: ANUGERAH PEMBAKAR SEMANGAT

Inovasi pegawai Home Team diiktiraf

Sebahagian pasukan yang ilhamkan beberapa idea bagi permudah tugas rakan lain di SCDF
Oct 29, 2021 | 05:30 AM

Seramai 194 pegawai, pasukan dan agensi Home Team menerima Anugerah Menteri di acara khas semalam, yang bertujuan mengiktiraf keupayaan mereka melaksanakan tugasan harian dan dalam operasi khas. Dua pegawai yang menerima anugerah itu berkongsi dengan BERITA HARIAN pengalaman mereka berkhidmat kepada agensi yang diwakili masing-masing dan masyarakat.


MELIHAT hasil usaha dan kerja kerasnya membantu memudahkan tugas pegawai bomba lain memberikannya kepuasan yang begitu mendalam.

Ini mendorong Pegawai Waran Kedua (WO2) Anuar Osman di Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk terus memikirkan idea inovasi lain yang dapat dimanfaatkan rakan setugasnya.

Antara idea yang telah diusahakan beliau bersama pasukannya termasuk mencipta kanister kimia yang digunakan untuk latihan pegawai bomba.

Berbeza dengan alat yang pernah digunakan sebelum ini, kanister kimia yang diciptanya itu mengatasi isu kebersihan, logistik serta lebih tahan lama.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menghasilkannya juga tidak menelan kos yang terlalu tinggi.

Ini membolehkan prototaip bagi kanister tersebut dihasilkan melalui pencetakan tiga dimensi dan kini digunakan dalam latihan pegawai bomba.

"Saya percaya apa yang saya lakukan adalah untuk memudahkan operasi harian dan untuk memastikan kami dapat berkhidmat dengan lebih baik untuk masyarakat awam.

"Satu pertimbangan penting dalam memikirkan idea-idea inovasi ini adalah untuk mengurangkan kos projek itu supaya ia lebih mudah untuk diuruskan," ujar WO2 Anuar, yang juga Timbalan Komander Rota di Balai Bomba Paya Lebar yang sebahagian Divisyen Kedua SCDF.

"Pada masa yang sama, asas inovasi itu mesti kukuh dan perlu teliti dalam mengumpul data dan membuat penilaian terperinci sebelum memulakan projek tersebut," katanya.

Encik Anuar, 40 tahun, merupakan salah seorang pegawai yang telah menerima Anugerah Inovasi Home Team di majlis penyampaian Anugerah Menteri semalam.

Sebanyak 19 Anugerah Inovasi Home Team diberikan dan ia merupakan antara 194 anugerah di bawah empat kategori yang telah disampaikan semasa majlis itu.

Anugerah-anugerah tersebut bertujuan mengiktiraf pegawai, pasukan dan agensi yang memaparkan prestasi cemerlang atau inovasi dalam bertugas.

Selain idea bagi kanister kimia tersebut, Encik Anuar juga terlibat dalam beberapa projek lain termasuk untuk menghasilkan alat yang memudahkan pegawai untuk memecah masuk pintu atau tingkat semasa operasi pegawai SCDF.

Alat yang dipanggil One Man Forcible Entry Tool (FET) itu menambah keberkesanan operasi dan mempertingkat keselamatan pegawai SCDF dalam respons mereka terhadap insiden.

"Bila sebut tentang inovasi ini memang banyak perkara yang terlibat dalam prosesnya, dari tahap percubaan sehingga produk akhir yang terhasil.

"Bagi saya yang paling seronok bukan melihat produknya tapi apa yang saya dapat belajar dari proses ke arah menghasilkan produk tersebut," ujarnya.

Tambahnya, beliau berharap untuk terus menyumbang idea dan berusaha membantu pegawai lain dan SCDF secara keseluruhan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map