Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insan Mukmin beri peluang banduan kembali ke pangkal jalan

Jun 21, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN usianya telah menjangkaui setengah abad, Encik Khairul (bukan nama sebenar) sedar bahawa ia masih belum terlambat untuk beliau mengukuhkan lagi pegangan agamanya.



Menerusi program Insan Mukmin (IM), beliau bersama 18 banduan lain yang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, menyertai kursus yang berteraskan bimbingan keagamaan dan memberi penekanan kepada nilai Islam semasa di dalam penjara tahun lalu.



"Dulu sebelum ditangkap, saya selalu meremehkan tentang pelajaran agama dan jarang mengikuti kursus-kursus agama.



"Padahal kedua-dua orang tua saya memang kuat pegangan agama mereka, tetapi saya tergelincir sedikit," kata Encik Khairul, 51 tahun.



Program IM yang diterajui Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dengan kerjasama Fitrah (Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga), bertujuan membantu pesalah Islam meraih kemahiran menjadi seorang insan Mukmin.



Ia dikendalikan semasa fasa bimbingan dalam (in-care) penjara dan dilanjutkan dalam fasa bimbingan luar (aftercare) selepas peserta beralih ke program berasaskan masyarakat (CBP).



Pesalah juga diberi sokongan dan bimbingan dalam menangani isu berkaitan penagihan dan penyalahgunaan dadah selain menekankan nilai-nilai murni kepada peserta dan menyokong integrasi mereka kembali kepada keluarga dan masyarakat.



Menurut Encik Khairul, beliau telah meraih banyak manfaat dari program IM ini, sewaktu masa di penjara dan kini apabila berada di samping keluarga dan sudahpun mula bekerja dalam sektor perkhidmatan kurier.



"Ustaz yang mengajar kami akan menyampaikan pelbagai isu dan mereka juga akan memastikan kita benar-benar faham apa yang sedang diajar.



"Sebagai contoh tentang sifat takwa. Sebahagian kami tahu akan apa itu takwa, tetapi tidak begitu mendalami erti di sebalik takwa.



"Menerusi program ini, perkara-perkara yang saya kurang pasti, Ustaz dalam menjelaskannya dengan baik," katanya yang kini ditempatkan di bawah Skim Kediaman program CBP.



Berkat kesungguhannya sepanjang mengikuti program IM ini, Encik Khairul merupakan antara 13 peserta yang berjaya menamatkan program itu dengan cemerlang.



Satu majlis diadakan semalam di dalam talian yang turut disertai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Menyentuh tentang perubahan dalam dirinya selepas mengikuti program IM ini, Encik Khairul berkata:



"Pada diri saya sendiri, kalau kita hendak satu perubahan, kesabaran itu harus ada.



"Sekarang ini setelah saya keluar bekerja, saya dapati ada kaitan dengan apa yang telah saya pelajari menerusi program Insan Mukmin ini.



"Saya banyak kongsikan tentang solat kepada keluarga. Sepertimana saya berikan nasihat kepada mereka, saya juga memberikan nasihat pada diri sendiri.



"Ia bukan sahaja membantu saya dalam perjalanan mengubah hidup, namun ia juga menyedarkan diri saya. Jadi, ia tidak terlalu lewat untuk mengubah laluan hidup saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >