Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insentif $100 bagi pemilik PMD yang lupuskan PMD mereka awal

Sep 20, 2019 | 03:40 PM



UNTUK menggalak pemilik alat mobiliti peribadi (PMD) untuk melupuskan alat mobiliti mereka yang tanpa sijil UL2272 lebih awal, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menyediakan pelupusan secara percuma, bahkan menawarkan insentif pelupusan awal.



Dari 23 September hingga 30 November 2019, pemilik PMD yang melupuskan alat mobiliti mereka di tempat pelupusan yang disediakan akan menerima insentif pelupusan awal sebanyak $100 bagi setiap e-skuter yang berdaftar.



Piawaian UL2272 adalah satu set keselamatan yang meliputi sistem pemacu elektrik PMD, termasuk sistem bateri, yang bermakna alat itu kini tidak lagi boleh berkuasa tinggi.



Berikutan insiden kebakaran baru-baru ini yang dikaitkan dengan alat mobiliti yang tanpa sijil UL2272, pemerintah mengumumkan pada Ogos 2019 bahawa tarikh akhir bagi PMD untuk mematuhi piawaian UL2272 akan dimajukan enam bulan awal dari 1 Januari 2021 kepada 1 Julai 2020.



Dari 23 September 2019 hingga 31 Mac 2020, pemilik PMD boleh melupuskan alat mobiliti mereka yang tanpa sijil UL2272 di tempat pelupusan kendalian syarikat pengitar semula sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang dilantik oleh LTA, atau di Pejabat LTA di Sin Ming.



Proses pelupusan PMD biasanya memakan kos, namun proses pelupusan kendalian LTA ini tidak dikenakan sebarang pembayaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >