Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insiden anggota payung terjun cedera semasa NDP: SAF mula 'penilaian tahap tinggi'

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) telah mengadakan "penilaian tahap tinggi" bagi risiko semasa lompatan payung terjun selepas seorang anggota pasukan Red Lions mengalami kecederaan ketika beliau melakukan pendaratan di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) baru-baru ini.



Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata Sabtu lalu bahawa pihak SAF ingin meneliti secara menyeluruh bukan sahaja pada insiden yang melibatkan Pegawai Waran Ketiga (3WO) Jeffrey Heng, tetapi juga bagi NDP yang lalu serta ketika latihan pranonton.



"SAF mahu melihat sama ada terdapat perubahan struktur yang meningkatkan risiko," kata Dr Ng.



Menurut Dr Ng, pihak SAF telah menggunakan banyak data yang dikumpulkan pihaknya serta Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), termasuk kelajuan angin pada hari persembahan dan kejuruteraan yang terlibat.



Memberikan maklumat terkini di acara Hari Kebangsaan di Toa Payoh Central, Dr Ng berkata penilaian sementara adalah keperluan untuk langkah-langkah mitigasi dan ia sedang dilaksanakan oleh SAF.



"Ia amat jelas bahawa kami mengambil risiko-risiko ini dengan serius dan kami tahu bahawa pasukan Red Lions adalah kegemaran penonton NDP, dan kami mahu melakukannya dengan selamat," kata beliau sambil menambah bahawa jika syarat-syarat untuk payung terjun tidak selamat bagi mana-mana hari tertentu, harus ada pilihan untuk mengisytiharkan ia tidak selamat.



Dr Ng menyatakan bahawa di bawah prosedur operasi standard sekarang, jika awan menghalang ahli payung terjun daripada melihat tapak pendaratan, lompatan itu akan dibatalkan.



Dr Ng berkata bahawa laporan interim mengesyorkan keperluan memberikan laluan mendarat yang berbeza bagi membolehkan ahli payung terjun masa reaksi yang lebih panjang.



Tetapi beliau menambah: "Ini sesuatu yang perlu diteliti pakar... kemudian mereka mesti mengesahkan dan mengamalkannya... jadi kita perlu serahkan kepada pakar untuk melakukan ini."



Semasa NDP Selasa lalu, 3WO Heng, yang merupakan penerjun terakhir daripada 10 penerjun Red Lions, gagal melakukan pendaratan dengan cermat, sebaliknya mengalami kecederaan dan terpaksa diusung dan mendapatkan rawatan di hospital.



Rabu lalu, Dr Ng berkata dalam satu pos Facebook bahawa 3WO Heng tidak memerlukan pembedahan dan beliau dijangka akan pulih sepenuhnya.



Dalam satu pos Facebook yang berasingan, Singapore Army berkata 3WO Heng sedang pulih dengan baik dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura atas ucapan selamat dan sokongan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >