Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Insiden bau kimia di S'pura: Mutu udara didapati selamat

Nov 07, 2017 | 05:30 AM



MUTU udara Singapura semasa sesetengah kawasan negara ini dilanda bau kimia pada akhir September lalu adalah selamat dan berada dalam lingkungan piawaian antarabangsa.



Menyatakan demikian semalam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata pemerintah Singapura dan Malaysia telah mengambil beberapa tindakan selepas bau tersebut dilaporkan dapat dihidu di beberapa tempat di sini demi memastikan mutu udara tetap berada dalam keadaan selamat.



Dalam kejadian pada 25 September lalu itu, orang ramai di kawasan Punggol dan Sengkang telah melaporkan terhidu bau yang menusuk hidung sekitar tengah hari.



Bau tersebut turut dapat dihidu di bahagian utara dan tengah Singapura pada sebelah petang, seperti di Ang Mo Kio, Toa Payoh dan Bukit Timah. Pihak berkuasa Malaysia kemudian mengesan punca bau itu di sebuah kilang di Pasir Gudang.



Menurut Encik Masagos, pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) segera memeriksa untuk memastikan udara di lokasi yang terjejas selamat.



Ini termasuk menjalankan siasatan di estet perumahan, kilang dan tapak pembinaan berhampiran.



"Kedua-dua pengesan pemantauan udara dan contoh udara yang dikumpulkan menunjukkan adanya peningkatan pada tahap beberapa bahan disebut Campuran Organik Meruap atau Volatile Organic Compounds (VOC) pada petang 25 September, yang mungkin menyebabkan bau tersebut.



"Bau itu juga mungkin diperkuat disebabkan tiupan angin sepoi-sepoi sepanjang tempoh tersebut, dan hanya lenyap pada sebelah malam selepas hembusan angin dari selatan dan tenggara menjadi semakin kencang.



"Walaupun terdapat kejadian serupa sebelum ini, episod kali ini lebih tersebar luas di seluruh negara," tambah Encik Masagos ketika menjawab pertanyaan Dr Lee Bee Wah (GRC Nee Soon), Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) dan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar).



VOC adalah wap yang berasal daripada sumber buatan manusia dan semula jadi, dan ia boleh menyebabkan bau tersendiri atau apabila ia memberi tindak balas dengan VOC lain.



NEA mengendalikan rangkaian stesen pemantauan mutu udara di serata Singapura mengikut masa nyata bagi mengesan pencemaran udara.



Beberapa stesen tersebut boleh turut mengukur tahap rendah VOC di udara.



Dalam sesi semalam, tujuh Rang Undang-Undang turut diperkenal, dengan tiga pula diluluskan.



Ini termasuk Rang Undang-Undang Sistem Bayaran dan Penyelesaian (Muktamad dan Jaringan (Pindaan)), Rang Undang-Undang Sektor Awam (Pentadbiran), Rang Undang-Undang Imigresen (Pindaan), Rang Undang-Undang Mahkamah Agung Kehakiman (Pindaan), Rang Undang-Undang Pemiutang (Pindaan), Rang Undang-Undang Kebajikan (Pindaan) dan Rang Undang-Undang Pertubuhan Koperatif (Pindaan).



Di bawah Rang Undang-Undang Imigresen (Pindaan), pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan diberi kuasa menjalankan pemeriksaan keselamatan, melaksanakan tugas mencari dan menyita serta memberkas di bawah pindaan yang dicadangkan.



Rang tersebut dibentangkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.



Rang Undang-Undang yang diluluskan pula termasuk Rang Undang-Undang Tabung Simpanan Pekerja (Pindaan), Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (Pindaan), serta Rang Undang-Undang Tempat Mengurut.



Rang Undang-Undang Kereta Api Rentas Sempadan bagi menyokong pembangunan projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura pula akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan kerana ia bersifat hibrid (gabungan), kata Menteri Kedua Pengangkutan Ng Chee Meng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >