Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insiden kawasan hutan Kranji: Naib presiden firma pakar runding didenda $26,000

Jan 19, 2023 | 04:43 PM



SEORANG naib presiden daripada syarikat pakar runding yang menyebabkan sebahagian kawasan hutan Kranji dibersihkan tanpa kelulusan didenda $26,000 semalam.


Jimmy Liu, 63 tahun, merupakan antara empat pegawai daripada JTC Corporation dan CPG Consultants yang terlibat dalam kerja pembangunan Taman Inovasi Pertanian-Makanan (AFIP) Kranji, yang bertujuan berkhidmat sebagai hab bagi kegiatan ladang teknologi tinggi serta penyelidikan dan pembangunan.


Keempat-empat pegawai tersebut didapati telah bertindak dengan melampau melanggar keperluan berkaitan kehidupan liar, yang perlu dipenuhi sebelum memperoleh kelulusan daripada Lembaga Taman Negara (NParks).


Ini menyebabkan 362 pokok ditebang tanpa kelulusan.


Liu mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan di bawah Akta Taman dan Pokok serta satu tuduhan di bawah Akta Kehidupan Liar semalam.


Tertuduh lain yang terbabit ialah Neo Jek Lin, 44 tahun, seorang pengurus projek kanan JTC; Chong Pui Chih, 47 tahun, mantan timbalan pengarah di JTC; serta Tan See Chee, 64 tahun, pengarah CPG.


Timbalan Pendakwa Raya, Encik Nicholas Khoo dan Encik Jordon Li, berkata Liu dan tertuduh lain telah berbincang tentang kesan keperluan berkaitan kehidupan liar itu pada tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan kerja di AFIP Kranji.


Disebabkan pandemik Covid-19, kerja di AFIP Kranji tertangguh antara April dengan Ogos 2020.


Oleh kerana bimbang kerja di AFIP Kranji itu akan tertangguh lagi, Neo dan Chong menyarankan bahawa mereka meneruskan dengan kerja menebang pokok dan membersihkan tapak sementara usaha dijalankan pada masa yang sama untuk memenuhi keperluan berkaitan kehidupan liar itu.


Liu dan rakan kerjanya, Tan, bersetuju dengan rancangan itu.


Pihak pendakwa berkata jumlah pokok yang ditebang tanpa kelulusan amat banyak dan kesannya pada alam sekitar tidak dapat ditentukan kerana kesalahan itu berlaku sebelum sebarang kajian dijalankan.


Kerja pembersihan tapak tanpa kebenaran itu diketahui selepas gambar yang menunjukkan sebahagian tapak itu telah dibersihkan timbul di media sosial pada Februari 2021.


Neo dan Chong masing-masing didenda $30,000 bagi peranan mereka dalam kes itu manakala Tan belum dijatuhi hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >