Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insiden lif di Ang Mo Kio: Brek mungkin tidak berfungsi dengan betul

Mar 29, 2016 | 02:21 PM



SIASATAN ke atas lif di Ang Mo Kio yang rosak awal bulan ini (Mac) mendapati breknya mungkin "tidak berfungsi dengan baik".



Pemeriksa yang dilantik oleh Majlis Bandaran Ang Mo Kio untuk memeriksa Lif A di Blok 317, Ang Mo Kio Street 31, itu membuat kesimpulan breknya "tidak dapat menahan kereta lif itu dalam keadaan tidak bergerak", kata Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada Selasa (29 Mac).



Beliau, yang mengemukakan laporan penyiasatannya kepada BCA pada 24 Mac, berkata ini mungkin disebabkan "bahagian mekanikal brek tersekat, gelendong brek berminyak dan pelapik brek sudah lusuh".



Pada 7 Mac, seorang pembantu rumah, Cik Eva Lisnawati, 36 tahun, jatuh dan cedera selepas lif tersebut melonjak 17 tingkat dengan tiba-tiba.



Lif itu kemudian berhenti dan beliau terperangkap lebih satu jam sebelum diselamatkan.



Penggunaan lif tersebut dihentikan sementara siasatan dijalankan oleh pemeriksa.



BCA berkata pemeriksaan bebasnya sendiri akur dengan dapatan pemeriksa itu.



Ia menambah bahawa kontraktor lif majlis bandaran itu telah "selesai menjalankan kerja pembaikan", dan BCA membenarkan lif tersebut kembali beroperasi pada Isnin (28 Mac) selepas ia disahkan selamat untuk digunakan.



Sebagai langkah keselamatan tambahan, pemeriksa itu menyarankan Majlis Bandaran Ang Mo Kio mendapatkan khidmat pemeriksa untuk menjalankan ujian brek lif itu setiap suku tahun sepanjang tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >